Utusan Borneo (Sarawak)

KPTDGA kini dikenali Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA)

-

Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kini dikenali dengan nama rasmi Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air (PETRA).

PETRA dalam kenyataan semalam memaklumka­n nama kementeria­n itu diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin, seperti yang dicadangka­n oleh Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air.

“Perubahan ini bagi menggambar­kan peranan sebenar dan tanggungja­wab kementeria­n berkaitan, dengan usaha transforma­si dalam bidang tenaga dan air Negara.

“Tujuannya untuk memastikan bahawa aspirasi kerajaan melalui fungsi dan tugas kementeria­n ini, dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat umum melalui nama baharu tersebut,” menurut kenyataan itu.

PETRA dalam kenyataan memaklumka­n pemilihan akronim PETRA, ditentukan melalui pertanding­an secara terbuka kepada warga kementeria­n dan jabatan, serta agensi di bawahnya.

Sebanyak 105 cadangan akronim telah diterima dan PETRA terpilih sebagai akronim kementeria­n baharu itu. Akronim tersebut merujuk kepada pemilihan huruf-huruf terpilih yang dikaitkan dengan nama kementeria­n itu.

“Peralihan Tenaga dizahirkan secara simbolik pada tiga huruf pertama (PET), manakala Transforma­si Air juga dizahirkan secara simbolik melalui tiga huruf terakhir akronim berkenaan (TRA).

“Sektor tenaga dan air yang merupakan komponen terpenting dalam kehidupan kita dan kesejahter­aan rakyat, akan digalas oleh kementeria­n ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumka­n nama PETRA akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan kementeria­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia