Utusan Borneo (Sarawak)

28 korban letupan menjelang pilihan raya umum di Pakistan

Bom berkembar sasar pejabat calon di Pishin dan Qila Saifullah

-

PISHIN: Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh kelmarin akibat letupan bom berkembar di luar pejabat calon yang bertanding di barat daya Pakistan, pada malam sebelum pilihan raya umum yang dicemari keganasan dan dakwaan penipuan sebelum pilihan raya.

Lebih setengah juta pegawai keselamata­n ditempatka­n menjelang pilihan raya Khamis, dengan pihak berkuasa mengedarka­n kertas undi kepada lebih 90,000 pusat mengundi.

Kumpulan Daesh (IS) mengaku bertanggun­gjawab bagi kedua-dua pengeboman yang memburukka­n lagi pengundian yang sudah dicemari oleh pelbagai insiden termasuk sekurang-kurangnya dua calon ditembak mati dan berpuluh-puluh lagi disasarkan dalam serangan di seluruh negara.

“Matlamat letupan hari ini adalah untuk mensabotaj pilihan raya,” kata Jan Achakzai, menteri penerangan bagi wilayah Balochista­n, di mana letupan berlaku.

“Sungguhpun letupan hari ini, pilihan raya akan berlangsun­g esok. Rakyat Balochista­n akan keluar esok tanpa sebarang ketakutan.”

Letupan pertama daripada bahan letupan buatan (IED) mengorbank­an 16 orang berhampira­n pejabat calon bebas di daerah Pishin, sekitar 50 kilometer dari bandar Quetta dan 100 kilometer dari sempadan Afghanista­n.

IED kedua membunuh 12 orang berhampira­n pejabat pilihan raya seorang calon parti Islam, Jamiat Ulemae-Islam-F (JUI-F) di bandar

Qila Saifullah, kira-kira 120 kilometer ke timur, menurut Achakzai.

“Insiden itu berlaku di bazar utama kawasan bandar, di mana pejabat pilihan raya JUI-F menjadi sasaran,” kata seorang pegawai kanan polis kepada AFP.

Achakzai berkata, seramai 34 orang cedera dalam keduadua serangan itu.

Dalam satu kenyataan pada aplikasi pemesejan Telegram, IS berkata bahawa dalam pengeboman Pishin pejuangnya “meletupkan motosikal” yang disaratkan dengan bahan letupan “pada perhimpuna­n pilihan raya” di sana.

Keganasan itu mendapat kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di mana Setiausaha Agung Antonio Guterres menyatakan rasa jijik.

“Kami mengutuk sekerasker­asnya serangan ngeri, dan

letupan bom hari ini yang membunuh ramai orang dan mencederak­an lebih ramai lagi sehari sebelum pilihan raya, jelas sekali berkaitan dengan pilihan raya,” kata jurucakap Stephane Dujarric.

“Setiausaha agung ingin menekankan hak rakyat Pakistan untuk menyertai pilihan raya yang bebas daripada ketakutan, daripada ugutan dan bebas daripada keganasan.”

Julai lalu, 44 orang terbunuh oleh pengebom berani mati semasa perhimpuna­n politik JUI-F di barat laut Pakistan.

Wilayah Balochista­n yang kaya dengan sumber – paling ramai penduduk di Pakistan – merupakan tuan rumah kepada beberapa kumpulan militan yang berjuang untuk menguasai bahagian itu untuk kekayaanny­a, dan juga menjadi

sasaran serangan IS pada masa lalu.

Institut Kajian Konflik dan Keselamata­n Pakistan, sebuah badan pemerhati yang berpangkal­an di Islamabad, berkata berlaku peningkata­n yang “mengejutka­n” dalam serangan militan dalam beberapa tahun lalu dengan purata 54 serangan sebulan – paling banyak sejak 2015, dengan tentera melancarka­n tindakan keras terhadap kumpulan militan.

Sesiapa yang menang pilihan raya ini akan mengambil alih negara yang berpecah belah, kata pemerhati, dengan ekonomi yang musnah.

Inflasi meningkat hampir 30 peratus, matawang rupee telah jatuh selama tiga tahun dan defisit dalam pembayaran telah membekukan import, menjejaska­n pertumbuha­n industri dengan teruk.

 ?? — Gambar AFP ?? BERKAWAL: Anggota tentera Pakistan berkawal di luar pusat mengundi menjelang pilihan raya umum Pakistan di Lahore semalam.
— Gambar AFP BERKAWAL: Anggota tentera Pakistan berkawal di luar pusat mengundi menjelang pilihan raya umum Pakistan di Lahore semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia