Utusan Borneo (Sarawak)

Protes ganas di Haiti tuntut perdana menteri letak jawatan

-

PORT-AU-PRINCE: Penunjuk perasaan yang marah berhimpun di ibu kota Haiti kelmarin, menuntut pemergian Perdana Menteri Ariel Henry selepas beliau gagal berundur sejajar dengan perjanjian politik yang ditandatan­gani pada 2022.

Haiti telah dicengkam kemelut sejak Isnin, dengan beribu-ribu orang menyertai tunjuk perasaan di Portau-Prince dan di seluruh negara.

“Rabu ini adalah harinya. Ia hari Ariel Henry mesti meninggalk­an pejabat,” kata seorang pemandu teksi motosikal yang sedang berhimpun di ibu kota, meminta namanya dirahsiaka­n.

“Saya harap dia akan mendengar permintaan. Jika tidak, suara rakyat akan didengari,” tambah penunjuk perasaan itu.

Media tempatan melaporkan beberapa demonstras­i telah bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis dan sekurang-kurangnya dua orang maut ditembak dalam pergolakan itu.

Menurut perjanjian yang dibuat pada Disember 2022 berikutan pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise setahun sebelumnya, Henry sepatutnya mengadakan pilihan raya dan kemudian menyerahka­n kuasa kepada pegawai yang dipilih pada 7 Februari 2024.

Tetapi Henry kekal berkuasa, dengan seorang pembantu berkata perdana menteri itu berhasrat untuk membentuk kerajaan perpaduan nasional.

Negara termiskin di hemisfera Barat, Haiti bergolak selama bertahun-tahun, dengan kumpulan bersenjata menguasai sebahagian negara dan melakukan keganasan, menyebabka­n ekonomi dan sistem kesihatan awam kucar-kacir.

Pembunuhan Moise pada 2021 menjerumus­kan negara ke dalam huru-hara. Tiada pilihan raya telah dilaksanak­an sejak 2016 dan jawatan presiden kekal kosong.

Seorang lagi penunjuk perasaan, yang berusia 40 tahun dan kini menganggur, juga enggan memberikan namanya, berkata Henry “belum memberikan sebarang penyelesai­an kepada masalah kami.”

“Negara menjadi tebusan oleh kumpulan samseng. Kami tidak boleh makan. Kami tidak boleh menghantar anak kami ke sekolah. Kami tidak boleh tahan lagi,” tambahnya.

 ?? — Gambar AFP ?? HURU-HARA: Anggota polis mengacukan senapang ke arah penunjuk perasaan semasa protes untuk menggesa perdana menteri meletak jawatan di Port-au-Prince kelmarin.
— Gambar AFP HURU-HARA: Anggota polis mengacukan senapang ke arah penunjuk perasaan semasa protes untuk menggesa perdana menteri meletak jawatan di Port-au-Prince kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia