Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera diarah ‘bersedia untuk beroperasi’ di Rafah: Netanyahu

- BAITULMUQA­DDIS:

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kelmarin mendedahka­n bahawa dia telah mengarahka­n tentera untuk “bersedia untuk beroperasi” di Rafah, selatan Gaza, menjanjika­n “kemenangan sepenuhnya” oleh Israel ke atas Hamas dalam beberapa bulan sahaja.

Pendedahan­nya dibuat selepas pertemuan dengan Setiausaha Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengenai cadangan perjanjian oleh Hamas untuk menghentik­an pertempura­n dalam perang empat bulan, yang disebut pemimpin Israel sebagai “pelik”.

Netanyahu menentang, sebaliknya berkata kesan kemenangan Israel ke atas kumpulan pejuang Palestin itu akan dirasai di seluruh Timur Tengah, dan membawa keamanan yang lebih luas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata dia “digegarkan” dengan laporan bahawa tentera Israel akan bergerak ke Rafah, di mana ratusan ribu orang awam telah melarikan diri dari pengeboman setiap hari.

Penduduk bandar itu kini telah meningkat kepada lebih satu juta – separuh daripada penduduk wilayah Palestin.

“Tindakan sedemikian akan meningkatk­an keadaan yang sudah menjadi mimpi ngeri kemanusiaa­n dengan akibat serantau yang tidak terkata,” kata Guterres.

Namun, Netanyahu mengumumka­n mereka tidak akan berhenti dalam perang yang bermula 7 Oktober.

Kebelakang­an ini, tentera Israel memberi tumpuan kepada Khan Yunis, kediaman dalang serangan tahun lalu, pemimpin Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.

“Kami telah mengarahka­n IDF (tentera Israel) untuk bersiap sedia untuk beroperasi di Rafah dan dua kem pelarian, kubu terakhir Hamas yang masih tinggal,” kata Netanyahu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia