Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa antara tiga terbunuh bangunan runtuh di Sepanyol

-

Mayat tiga orang, dua daripadany­a ibu bapa kepada anak-anak kecil, ditemui selepas sebuah blok rumah pangsa berhampira­n Barcelona runtuh, kata pihak berkuasa kelmarin selepas operasi pencarian dalam runtuhan diadakan sepanjang malam.

“Kami telah menemui tiga mayat tidak bernyawa di bangunan runtuh di Badalona, yang sedang menunggu pengecaman identiti,” tulis pasukan bomba wilayah di platform X, hampir 24 jam selepas bahagian dalam blok lima tingkat itu runtuh.

Xavier Garcia Albiol, datuk bandar Badalona, sebuah bandar tepi laut di utara Barcelona, berkata mayat itu merupakan seorang lelaki dan dua wanita, salah seorang daripadany­a merupakan ibu tunggal kepada dua anak kecil.

“Mangsa merupakan seorang wanita dari sebuah negara di timur Eropah dengan dua anak perempuan yang sangat muda yang kini bersendiri­an,” katanya kepada berita TVE.

Ia diketahui pada tengah hari Selasa apabila tiada sesiapa datang ke sekolah untuk menjemput kanakkanak perempuan itu pulang, tambahnya.

Seorang lagi mangsa ialah lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun yang baru bergelar bapa, dan pasanganny­a baru meninggalk­an bayi mereka bersamanya setengah jam sebelum bangunan itu runtuh. Mangsa yang ketiga ialah seorang wanita dalam lingkungan 50-an.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi apabila blok itu mengalami kegagalan struktur yang dipanggil keruntuhan pankek, sejenis keruntuhan separa apabila lantai jatuh menimpa satu sama lain, dan berita awam melaporkan ia bermula apabila bumbung loteng runtuh.

Rakaman dari bumbung yang dikeluarka­n oleh bomba menunjukka­n sebuah lubang ternganga sehingga ke tingkat bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia