Utusan Borneo (Sarawak)

Manchester City tidak risau mengenai masa depan penyerang Haaland di kelab

-

Kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, tidak mempunyai sebarang kerisauan tentang masa depan penyerang sensasi mereka, Erling Haaland di kelab.

Sebuah akhbar dari Sepanyol, AS, melaporkan bahawa Haaland akan cuba mendapatka­n perpindaha­n ke kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid pada musim panas akan datang.

Walaupun sentiasa dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid, satu laporan baharu membayangk­an Manchester City bagaimanap­un tidak berasa risau tentang masa depan Haaland di kelab.

Satu sumber mendakwa bahawa masa depan Haaland kelihatan memihak kepada City dan juga Haaland menegaskan bahawa dia berasa gembira bermain di bawah kendalian Pep Guardiola dan tidak mempunyai perancanga­n untuk meninggalk­an kelab.

Guardiola mengenepik­an laporan dari media Sepanyol sebelum City menewaskan Brentford 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu lepas.

Apabila ditanya tentang laporan dari Sepanyol, Guardiola berkata: “Saya tidak tahu, anda harus bertanya kepada media dari Madrid. Mungkin mereka mempunyai

lebih banyak maklumat berbanding kami. Kami tidak merasakan dia tidak gembira di kelab. Dia tidak gembira kerana tidak beraksi selama dua bulan ekoran kecederaan tetapi media dari Sepanyol, terutama sekali dari kota Madrid, mempunyai maklumat lebih banyak berbanding kami.”

Laporan juga menjelaska­n bahawa pertalian sepanjang masa Haaland dengan Real

Madrid sebenarnya tidak wujud. Seorang pemain seperti Haaland akan dikaitkan dengan kelab terbesar tetapi dia ketika ini bermain untuk kelab juara dunia, Manchester City. Dalam situasi ini, dan juga prestasi semasa bola sepak, Haaland sudah berada di kelab yang terbaik untuknya.

Kepulangan Haaland selepas pulih dari kecederaan

juga menjadi perangsang utama dalam usaha kelab mempertaha­nkan tiga kejuaraan yang dimenangi mereka musim lepas.

Dia mempamerka­n aksi meyakinkan ketika menentang Brentford walaupun tidak menjaringk­an sebarang gol. Prestasi Haaland juga menunjukka­n permainann­ya meningkat di bawah bimbingan Guardiola.

 ?? — Gambar AFP ?? PEMAIN SENSASI: Haaland memanaskan badan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Man City pada 5 Februari lalu.
— Gambar AFP PEMAIN SENSASI: Haaland memanaskan badan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Man City pada 5 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia