Utusan Borneo (Sarawak)

Frank mengisytih­arkan bahawa Toney akan ‘pasti dijual pada musim panas ini’

-

LONDON: Pengurus kelab Brentford, Thomas Frank mengisytih­arkan bahawa pemain penyerangn­ya, Ivan Toney, akan ‘pasti dijual pada musim panas ini’.

Kelab Arsenal dan Chelsea dilaporkan berminat mendapat khidmat Toney, yang kembali semula beraksi selepas digantung lapan bulan kerana kesalahan membuat pertaruhan haram.

Pada akhir musim, kontrak Toney hanya berbaki satu tahun dan Frank menyedari bahawa pemain itu berkemungk­inan besar akan meninggalk­an kelab.

Dalam pasaran perpindaha­n bulan Januari lepas, Brentford tidak mempunyai sebarang tawaran untuk Toney, namun mereka menjangkak­an banyak tawaran pada musim panas akan datang.

Pada musim panas akan datang, Chelsea dan Arsenal mahu memperkuat­kan jentera seranganny­a dengan kedua-dua kelab berhasrat mencari penyerang baharu.

Frank mendakwa bahawa Tony tidak akan dibenarkan pergi dengan nilai yang murah kerana mereka tahu “apa nilai sebenarnya”.

“Ia sangat jelas di mana Ivan Toney hampir pasti akan dijual pada musim panas akan datang,” kata Frank ketika memberitah­u majalah Tipsbladet.

“Ia boleh menjadi mahal untuk menjual pemain terbaik anda, tetapi dalam pada itu, saya juga tahu bahawa pada musim panas nanti, dia hanya mempunyai baki kontrak satu tahun lagi bersama kami.

“Kami juga tahu nilai bakatnyna. Saya tidak fikir ada ramai penyerang di dunia ini yang lebih bagus berbanding dia ketika ini.

“Dia penyerang yang sangat bagus yang masih di kemuncak usia bola sepak. Secara peribadi, sebagai jurulatih, saya lebih suka mengekalka­n Tony tetapi suatu hari, ia mungkin menarik untuk melihat dia bersama pasukan besar.

“Pada musim sejuk (pasaran perpindaha­n bulan Januari) lalu, kami tidak mempunyai sebarang bidaan untuknya, tetapi ia pastinya mengejutka­n jika tidak banyak tawaran untuknya pada musim panas nanti.”

Toney sentiasa dikaitkan dengan perpindaha­n ke Arsenal dan Chelsea.

Dalam 33 perlawanan liga musim lepas, dia menjaringk­an 20 gol dan mengumpan empat lagi gol.

Dia pernah dipanggil ke dalam skuad kebangsaan England oleh jurulatih Gareth Southgate selepas aksi cemerlang dan konsisten.

Stadium Emirates berkemungk­inan menjadi destinasi seterusnya buat Toney kerana Arsenal merasakan dia boleh menjadi pemain yang akan mengetuai jentera serangan yang tumpul ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia