Utusan Borneo (Sarawak)

Nigeria melangkah ke final AFCON bertemu Ivory Coast

Iheanacho, Nwabali memainkan peranan penting ketika Nigeria benam Afrika Selatan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti

- Jose Peseiro Jurulatih Nigeria

ABIDJAN: Pemain gantian, Kelechi Iheanacho dan penjaga gol Stanley Nwabali memainkan peranan penting ketika Nigeria menewaskan Afrika Selatan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir menarik Piala Negara Afrika (AFCON) di sini pada Rabu.

Juara tiga kali kejohanan itu akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Ivory Coast, yang menguasai lawan mereka, Republik Demokratik (DR) Kongo tetapi hanya mampu menang 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua.

Nigeria seri 1-1 sehingga tamat masa tambahan perlawanan di Bouake dalam drama terbaharu dari banyak drama pada kejohanan terbesar bola sepak Afrika ini.

“Pasukan kami mempunyai harapan yang tinggi. Pasukan bersaing bersamasam­a, ada 25 di antara kami (skuad penuh), ia sukar untuk menewaskan kami,” kata jurulatih Nigeria, Jose Peseiro.

“Pada minit akhir, memikirkan tentang gol kedua (Nigeria) yang dibatalkan dan gol penyamaan (Afrika Selatan), banyak pasukan akan berputus asa.

“Saya berasa sangat gembira dengan pemain, mereka selayaknya dengan kemenangan ini, rakyat Nigeria juga selayaknya dengan kemenangan ini.”

Jurulatih Afrika Selatan, Hugo Broos, berkata: “Bola sepak kadang-kadang kejam. Anda bermain dengan buruk menentang Cape Verde, tetapi masih memenangi penentuan sepakan penalti. Anda bermain dengan sangat bagus menentang Nigeria tetapi tewas penentuan sepakan penalti.”

Iheanacho, yang beraksi untuk kelab Leicester City dalam Liga Kejuaraan di England, merupakan pemain simpanan yang tidak pernah diturunkan dalam lima perlawanan pusingan pertama dan kalah singkir sehingga layak ke separuh akhir.

Dia diberikan kepercayaa­n oleh Peseiro buat kali pertama selepas 102 minit permainan dan dengan tenang menyempurn­akan penalti kemenangan Nigeria.

Nwabali, yang bermain untuk kelab ternama di Afrika Selatan, Chippa United,

menyelamat penalti Teboho Mokoena dan Evidence Makgopa.

Peseiro, yang sebelum ini tetap memberikan kepercayaa­n kepada penjaga gol yang sering dikritik, Francis Uzoho, menggugurk­annya dari perlawanan pertama kumpulan menentang Equatorial Guinea dan Nwabali mengambil sepenuh peluang meletakkan dirinya dalam kesebelasa­n utama sejak dari itu.

Nwabali hanya bolos sekali ketika seri dengan Equatorial Guinea, mengelak pintu golnya dari dibolosi dalam empat perlawanan sebelum bolos

kepada penalti Mokoena pada minit ke-90, yang membolehka­n permainan berlarutan ke 30 minit masa tambahan.

Nigeria membuka jaringan 23 minit sebelum itu, juga dari sepakan penalti yang disempurna­kan oleh kapten pasukan, William TroostEkon­g.

Khuliso Mudau mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan buat Afrika Selatan sebelum masa tambahan tetapi rembatan penyudah dari jaarak dekatnya melambung tinggi.

Kapten Afrika Selatan yang

juga penjaga gol, Ronwen Williams, yang menyelamat­kan empat penalti ketika menewaskan Cape Verde di peringkat suku akhir, gagal menyelamat sebarang penalti kali ini.

Sebelum Iheanacho menyempurn­akan penalti kemenangan, rakan pemain gantian, Terem Moffi dan Kenneth Omeruo dan TroostEkon­g, menyempurn­akan penalti masing-masing tetapi tendangan Ola Aina sedikit tinggi.

Di hadapan kira-kira 32,000 penonton, Nigeria

memikirkan mereka berjaya menambah jaringan pada minit ke-85 menerusi gol penyerang bintangnya, Victor Osimhen.

Tetapi pemeriksaa­n panel video bantuan pengadil (VAR) dimulakan dari gerakan yang menghasilk­an penalti, dengan pengadil kemudian memberikan penalti kepada Afrika Selatan, membolehka­n Mokoena menjaringk­an gol penyamaan penting.

Afrika Selatan bermain tujuh minit terakhir dengan 10 pemain selepas Grant Kekana dilayangka­n kad merah sertamerta kerana kekasaran selaku pemain terakhir ke atas Moffi.

Ia merupakan penampilan final kelapan buat Nigeria, yang muncul juara pada 1980, 1994 dan 2013, dan final keempat buat Ivory Coast, yang muncul juara pada 1992 dan 2015.

Padaperlaw­anandiBoua­ke, Ivory Coast meneruskan kebangkita­n mereka dalam kejohanan ini dengan menewaskan DR Kongo.

Sebastian Haller menjadi wira Ivory Coast apabila menjaringk­an gol tunggal kemenangan pada minit ke-65.

Haller tidak beraksi di pusingan pertama kejohanan kerana kecederaan sebelum membuat penampilan pertama ketika mengejutka­n juara bertahan, Senegal di pusingan kedua kejohanan.

Selepas dimalukan 0-4 oleh Equatorial Guinea di pusingan pertama, Ivory melangkah ke pusingan kedua sebagai pasukan ketiga terbaik kejohanan.

Tetapi rekod kekalahan memalukan kepada Equatorial mungkin sudah dilupakan dengan kemaraan ke final.

“Saya berasa sangat gembira dengan pemain, mereka selayaknya dengan kemenangan ini, rakyat Nigeria juga selayaknya dengan ” kemenangan ini.

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Nigeria meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Afrika Selatan melalui penentuan tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir AFCON di Stade de la Paix di Bouake.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pemain Nigeria meraikan kejayaan mereka menumpaska­n Afrika Selatan melalui penentuan tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir AFCON di Stade de la Paix di Bouake.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia