Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea kurangkan tekanan Pochettino

-

BIRMINGHAM: Chelsea mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pengurusny­a, Mauricio Pochettino dengan kemenangan 3-1 di Aston Villa untuk melangkah ke pusingan kelima Piala FA Inggeris pada Rabu.

Conor Gallagher, Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez menjaringk­an gol untuk Chelsea di Villa Park, sekali gus memadam kekecewaan 2-4 kepada Wolves di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad lepas.

Pemain Chelsea dicemuh oleh penyokong mereka sendiri pada akhir perlawanan ketika kekalahan teruk kepada Wolves adalah susulan dari kekalahan 1-4 di Liverpool sebelum itu.

Dengan anak buah Pochet- tino berada di tangga ke11 liga, penyingkir­an awal dari saingan Piala FA akan menambah lagi tekanan ke atas pengurus dari Argentina itu.

Pochettino menegaskan pada Selasa di mana dia tidak akan mengalami keguguran rambut kerana tekanan tugas dan membuat beberapa keputusan berani dalam pemilihan pasukannya.

Thiago Silva digugurkan ke bangku simpanan, beberapa jam selepas isterinya memohon maaf kerana komen celupar di media sosial yang mendesak satu “perubahan” di kelab.

Raheem Sterling juga tidak tersenarai dalam skuad apabila beberapa pemain muda mahal Chelsea menyerlah apabila diberikan tanggungja­wab.

“Saya fikir ini adalah satu atau mungkin prestasi terbaik kami musim ini,” kata Pochettino. “Ia tiba pada

masa yang sangat bagus untuk kami.

“Kami mempunyai skuad muda. Ia tentang bermain dengan baik dan konsisten dan ia adalah apa yang paling sukar dalam skuad muda.”

Tetapi salah seorang pemain kelahiran kelab yang memulakan kebangkita­n Chelsea.

Gallagher merembat bola dari jarak dekat selepas menerima umpanan cantik daripada Jackson.

Jackson membuat penampilan kesebelasa­n utama yang pertama selepas kembali dari kempen mengecewak­an Senegal di Piala Negara Afrika.

Pemain berusia 22 tahun itu gagal menyempurn­akan beberapa peluang keemasan di awal kariernya di kelab tetapi dia kelihatan menebus semua kegagalan itu dengan tandukan kemas dari satu hantaran Malo Gusto untuk gol kedua Chelsea.

Villa belum tewas dalam 17 perlawanan di Villa Park untuk aksi Liga Perdana Inggeris atau sejak hampir setahun yang lalu sehingga Newcastle menang di situ seminggu yang lalu.

Namun anak buah Unai Emery kini sudah tersingkir dalam dua pertanding­an piala domestik dengan kekalahan di tempat sendiri musim ini.

Emery menurunkan skuad terkuat walaupun berada di tangga keempat liga dan menjadi pilihan untuk memenangi kejohanan Liga Konferensi Europa musim ini.

Bagaimanap­un, perlawanan sudah berakhir sebelum satu jam permainan apabila Fernandez menjaringk­an gol ketiga Chelsea dari satu tendangan percuma cantik.

Spekulasi dalam beberapa hari yang lalu mencadangk­an Fernandez mungkin akan mencari kelab baharu pada musim panas ini, hanya

setahun selepas satu perpindaha­n untuk rekod British dari Benfica.

Tetapi Fernandez memberikan bayangan bahawa dia akan terus kekal selepas menewaskan penjaga gol Villa, yang juga rakan sepasukan antarabang­sanya.

Pochettino mempunyai peluang untuk meraikan musim pertama yang sukar di kelab dengan kejuaraan pertama dalam bola sepak Inggeris apabila Chelsea bertemu Liverpool di final pada 25 Februari depan.

Dan mereka berpeluang melangkah ke peringkat suku akhir Piala FA apabila menanti kunjungan kelab divisyen dua, Leeds United di pusingan kelima kejohanan.

Villa menjaringk­an gol sagu hati pada minit kecederaan menerusi rembatan Moussa Diaby tetapi ia ternyata terlalu lewat untuk pasukan tuan rumah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA di antara Aston Villa dan Chelsea yang berlangsun­g di Villa Park. Chelsea menang 3-1.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala FA di antara Aston Villa dan Chelsea yang berlangsun­g di Villa Park. Chelsea menang 3-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia