Utusan Borneo (Sarawak)

Qatar melangkah ke final Piala Asia

Tuan rumah akan bertemu Jordan selepas mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Iran di Stadium al-Thumama

- Pemain Qatar

DOHA: Penjaring gol, Akram Afif berkata ‘yang terbaik masih belum muncul’ selepas pasukan tuan rumah dan juara bertahan, Qatar melangkah ke final Piala Asia menentang Jordan dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Iran pada Rabu.

Almoez Ali menjaringk­an gol pada minit ke-82 di Doha untuk memastikan Qatar melangkah ke final kedua berturut-turut, sekali gus memadam kekecewaan tersingkir di pusingan pertama Piala Dunia 2022.

Qatar tewas kesemua tiga perlawanan pusingan pertama mereka di Piala Dunia 2022, yang juga dianjurkan oleh mereka, rekod paling buruk oleh mana-mana tuan rumah dalam sejarah kejohanan.

Tetapi semua itu mungkin dilupakan ketika mereka meraikan kejayaan di hadapan 40,000 peminat selepas perlawanan separuh akhir menarik di Stadium Al Thumama.

“Kemenangan bukan mudah,” kata Afifi, yang menjaringk­an gol peribadi kelima pada kejohanan ini untuk meletakkan Qatar di hadapan pada masa rehat.

“Kami berasa sangat bangga dengan diri kami dan penyokong kami. Mereka selayaknya kemenangan malam ini dan saya berharap yang terbaik akan tiba.”

Iran menyaksika­n pemainnya, Shojae Khalilzade­h dibuang padang pada minit kecederaan sebelum perbalahan di antara beberapa pemain kedua-dua pasukan selepas tamat permainan.

“Semua yang kami dengar dari tepi padang benar-benar tidak bagus dan tidak menghormat­i kami, kerana itu kenapa ada tindak balas selepas perlawanan,” kata pemain sayap Iran, Alireza Jahanbakhs­h.

Ia berlaku pada akhir pertemuan tegang yang menyaksika­n kedua-dua pasukan

menyerang dari sepak mula perlawanan.

Sardar Azmoun meletakkan Iran di hadapan seawal minit keempat sebelum Qatar mengikat kedudukan tidak lama selepas itu menerusi rembatan Jassem Gaber, dengan sedikit bantuan terkena

pemain lawan.

Afif kemudian menjaringk­an satu gol cantik seminit sebelum rehat, hanya untuk Iran mengikat kedudukan sekali lagi menerusi tendangan penalti Jahanbakhs­h di awal separuh masa kedua.

Ali menjaringk­an rekod

sembilan gol untuk membantu Qatar muncul juara kejohanan pada 2019 tetapi dia hanya menjaringk­an satu gol menjelang ke peringkat separuh akhir pada kejohanan kali ini.

Gol lewatnya sememangny­a amat berbaloi untuk Qatar,

yang akan cuba menewaskan Jordan di final Sabtu ini untuk memenangi kejuaraan Piala Asia buat kali kedua dalam sejarah mereka.

“Saya fikir kami bermain perlawanan yang sangat penting,” kata jurulatih Qatar, Tintin Marquez, yang menggantik­an Carlos Queiroz hanya sebulan sebelum kejohanan bermula.

“Pemain tidak mengurangk­an sebarang usaha malam ini. Sekarang kami mempunyai final dalam usaha untuk kami mempertaha­nkan kejuaraan.”

Kemenangan Qatar menamatkan impian Iran untuk memburu kejuaraan Piala Asia yang pertama mereka sejak 1976.

Mereka mempunyai beberapa peluang untuk membawa permainan ke masa tambahan, dengan rembatan Jahanbakhs­h terkena palang pada minit akhir dalam masa kecederaan.

Jurulatih Iran, Amir Ghalenoei meminta maaf kepada penyokong Iran dan mengelar ia “salah satu hari paling buruk dalam kehidupan saya”.

“Tetapi ini adalah bola sepak dan jika anda tidak mengambil peluang yang anda, maka anda akan dihukum,” tambahnya.

“Kami berasa sangat bangga dengan diri kami dan penyokong kami. Mereka selayaknya raikan kemenangan malam ini dan saya berharap yang ” terbaik akan tiba. Akram Afif

 ?? — Gambar AFP ?? GOL BERMAKNA: Pemain Qatar meraikan gol jaringan kedua oleh Afif pada perlawanan separuh akhir Piala Asia menentang Iran di Stadium al-Thumama di Doha.
— Gambar AFP GOL BERMAKNA: Pemain Qatar meraikan gol jaringan kedua oleh Afif pada perlawanan separuh akhir Piala Asia menentang Iran di Stadium al-Thumama di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia