Utusan Borneo (Sarawak)

Persempada­nan semula DUN dibincang

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan perbincang­an antara parti-parti dalam gabungan itu terlebih dahulu sebelum mengemukak­an cadanganny­a untuk persempada­nan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi

Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SPR telah memaklumka­n kepada kerajaan negeri bahawa ada kemungkina­n untuk membuat semakan semula sempadan pilihan raya di negeri ini.

“Oleh kerana SPR telah memaklumka­n kepada kami kemungkina­n semakan semula, maka kami akan mengemukak­an cadangan kami,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkina­n persempada­nan semula melibatkan beberapa kawasan DUN di seluruh Sarawak.

Ketika ditanya berapa banyak kawasan yang terlibat dalam persempada­nan semula itu, Abang Johari berkata beliau tidak tahu dan ia terpulang kepada pihak SPR untuk memutuskan.

“Saya ‘sik tahu’ (saya tidak tahu). “Kita akan berhubung dengan pihak SPR (dan) kita akan lihat apa cadangan mereka kerana prosesnya kita adakan sesi perbincang­an dahulu melibatkan semua parti komponen dalam GPS dan membentang­kan cadangan kepada SPR untuk mengkaji cadangan itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di sini, semalam selepas mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Kali terakhir Sarawak mengadakan persempada­nan semula adalah pada 2015.

Sementara itu, DUN Senadin dikhabarka­n antara kawasan pilihan raya yang akan dilakukan persempada­nan semula, memandangk­an jumlah populasiny­a kini sudah mencecah lebih 200,000 dan pada pilihan raya yang lepas kawasan tersebut mempunyai 68,564 pemilih berdaftar.

Sementara itu, Abang Johari berada di Miri untuk lawatan Tahun Baharu Cina selama dua hari di sini.

Beliau turut ditemani isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk

Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Permier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia