Utusan Borneo (Sarawak)

Padi bukit perlukan penggunaan baja untuk tingkat pengeluara­n hasil

-

SRI AMAN: Penggunaan baja sangat penting bagi pengusaha tanaman padi bukit untuk tujuan meningkatk­an pengeluara­n hasil tanaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, ia susulan daripada tapak tanaman padi pada masa kini terpaksa digunakan berulang kali kerana kebanyakan tanah telah digunakan untuk tanaman lain.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan dan lawatan ke Ladang Padi Bukit di Rumah Helery Kichen, Kampung Nyelam, Sri Aman dekat di sini Khamis lalu.

Menurut Mong, padi bukit merupakan salah satu tanaman yang ditanam secara pertanian pindah oleh masyarakat Iban sejak zaman dahulu lagi.

“Ia bertujuan mencari tanah yang lebih subur bagi mendapatka­n hasil tuaian yang lebih baik.

“Dulu padi bukit ditanam secara organik tanpa menggunaka­n racun atau baja,” jelasnya.

“Tetapi kini disebabkan peredaran zaman telah berubah di mana tapak tanaman terpaksa digunakan berulang kali susulan daripada digunakan untuk tanaman lain seperti buah-buahan, kelapa sawit dan lada.

Oleh yang demikian katanya, penggunaan baja sangat penting bagi pengusaha tanaman padi bukit untuk meningkatk­an hasil tanaman mereka,” jelasnya.

Mong menambah, beliau medapati pengusaha padi bukit menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan minat generasi baharu dalam sektor pertanian, infrastruk­tur pertanian yang kurang memuaskan, harga input yang tinggi dan kualiti benih yang tidakmemua­skan.

“Saya menasihati para penduduk agar menggunaka­n bantuan yang diberikan kerajaan serta bantuan dalam bentuk baja padi dan buah-buahan dengan bijak untuk meningkatk­an mutu hasil keluaran tanaman mereka,” tambahnya.

Pada program sama, Mong menjelaska­n perancanga­n Kerajaan Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak khususnya program pembanguna­npertanian seperti Pembanguna­n Ladang/Sawah Padi Selepong-Panggil yang sedang dalam peringkat rintis dan perkhidmat­an.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia