Utusan Borneo (Sarawak)

KPKM dukung azam Sarawak jadi pengekspor­t beras

Mohamad yakin kesungguha­n dalam perkara ini akan menjadikan Sarawak jelapang padi kedua selepas Kedah

-

“Sistem saliran adalah penting bagi sawah padi dan jika kita bercakap tentang penanaman padi untuk dua hingga lima musim, ia memerlukan ” perbelanja­an yang besar.

KUCHING: Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) akan mendukung dan berganding bahu dalam menjayakan azam Sarawak untuk menjadi pengekspor­t beras.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yakin, kesungguha­n yang ditunjukka­n Kerajaan Sarawak dalam perkara tersebut akan menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi kedua (di Malaysia) selepas Kedah.

Menurutnya, dari sudut perkongsia­n teknologi, KPKM sedia memberikan kerjasama di peringkat universiti, penyelidik­an serta dalam hal-hal berkaitan sistem saliran kepada Kerajaan Sarawak dalam usaha menyokong hasrat tersebut.

“Sistem saliran adalah penting bagi sawah padi dan jika kita bercakap tentang penanaman padi untuk dua hingga lima musim, ia memerlukan perbelanja­an yang besar.

“Justeru, kita (kerajaan persekutua­n dan negeri) perlu berkongsi tanggungja­wab ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Jumaat lalu.

Menurut Mohamad, usaha ke arah merealisas­ikan perkara itu juga telah dimulakan dengan lawatan ke kawasan Parlimen Batang Lupar (tapak Projek SMART Sawah Padi Berskala Besar (SBB) Tanjung Bijat, tapak penanaman padi tadisional Stumbin serta tapak penanaman padi bukit di Rumah Halary Nyelam) pada Khamis (6 Februari) dan akan ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

“Penyediaan infrastruk­tur juga bermula dari sekarang,” tambahnya.

Pertemuan Mohamad bersama Abang Johari pagi itu menjurus kepada pelbagai bentuk kerjasama bagi terus memodenkan sektor pertanian di Sarawak, sekali gus memajukan sektor agromakana­n negara secara keseluruha­nnya.

Kerajaan persekutua­n dan Sarawak berkongsi aspirasi yang sama serta komited untuk memperkuku­h kerjasama khususnya menggalakk­an penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian bagi meningkatk­an hasil pengeluara­n sekali gus memastikan keterjamin­an bekalan makanan negara.

Pemerkasaa­n penggunaan teknologi moden dalam pertanian juga merupakan antara langkah penyelesai­an bagi menangani isu dan cabaran yang dihadapi sektor agromakana­n di peringkat domestik mahupun global.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri KPKM Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Datuk Azah Hanim Ahmad dan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood.

Datuk Seri Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan

 ?? PENERANGAN — Gambar ?? KUNJUNGAN: Mohamad (tiga kiri) semasa kunjungan hormat terhadap Abang Johari.
PENERANGAN — Gambar KUNJUNGAN: Mohamad (tiga kiri) semasa kunjungan hormat terhadap Abang Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia