Utusan Borneo (Sarawak)

53.9% pelancong datang ke Malaysia sempena TBC

-

BINTULU: Dijangkaka­n 53.9 peratus pelancong datang ke Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) ini, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, pada hari kedua sambutan tahun baharu Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia (TM) menyambut ketibaan penerbanga­n sewa khas MH8827 Malaysia Airlines dari Shenyang, Liaoning, China.

“Ketibaan penerbanga­n ini merupakan salah satu laluan baharu dan penerbanga­n catar dari China sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2024,” jelasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut Tiong, sebanyak enam penerbanga­n catar ke Malaysia termasuk NanjingTaw­au, Chengdu-Langkawi, Zhengzhou-Kuala Lumpur, Chengdu-Kota Kinabalu, Chongqing-Langkawi dan Xian-Kuala Lumpur dari China telah dibawa bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pengumuman kemasukan tanpa visa bagi pelawat China bermula 1 Disember tahun lepas mendorong kepada peningkata­n tempahan dari China ke Malaysia.

Beliau memetik Trip.com yang melaporkan Malaysia menerima peningkata­n sebanyak 53.9 peratus kemasukan pelancong ke Malaysia sempena Tahun Baharu Cina pada 2024 berbanding tahun lepas.

“Apa yang pasti, ketibaan pelawat dari luar negara seperti China akan memberikan impak positif kepada sumber pendapatan negara,” jelasnya.

Pada masa sama tegasnya, akan meningkatk­an hasil pendapatan negara dan pada masa sama memberi manfaat kepada rakyat jelata dari segi peluang ekonomi melibatkan produk pelanconga­n tempatan.

MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia menurut Tiong dalam usaha meluaskan lagi produk pelanconga­n negara seperti pakej pelanconga­n semasa perayaan Tahun Baharu Cina, pakej pelanconga­n bulan Ramadan dan lainlain lagi melalui penerokaan pasaran baharu yang berpotensi memberi pulangan yang baik kepada negara ini khususnya dalam sektor pelanconga­n serta sektor berkaitan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia