Utusan Borneo (Sarawak)

Polisi bebas visa untuk pelawat China terbukti berjaya, bermanfaat

-

SIBU: Polisi kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk pelawat dari China terbukti berjaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia itu, negara telah mencatatka­n peningkata­n sebanyak 35 peratus dalam ketibaan pelancong China pada bulan Disember sahaja susulan pelaksanaa­n dasar itu pada 1 Disember 2023.

“Pada 1 dan 2 Disember tahun lepas, terdapat 276 atau 100 peratus pelancong China tiba dengan penerbanga­n dari Shenyang.

“Jadi itu terbukti jika kita mempunyai polisi bebas visa, ia memberi banyak kemudahan kepada keduadua pihak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) Wilayah Tengah di Pulau Li Hua di sini, semalam.

Menjawab soalan, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, Malaysia telah menyediaka­n visa percuma kepada banyak negara.

“Melainkan ada isu keselamata­n maka Kementeria­n Dalam Negeri perlu menyelesai­kannya dari situ,” katanya.

Mengenai rumah terbuka itu, beliau berkata, ia adalah bukti keharmonia­n dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Jangan kita terlalu memikirkan isu perkauman dan jangan sebarkan cerita tidak berasas yang boleh memecahbel­ahkan perpaduan kita,” katanya yang juga presiden PDP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Antara kenamaan yang hadir pada majlis rumah terbukanya ialah Temenggung Dato Vincent Lau, Kaunselor Kevin Lau, Presiden Parti

Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh dan isterinya Datin Sri Pauline Leong, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong.

 ?? ?? MAKMUR: Tiong (lima kiri) bersama para kenamaan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka PDP Wilayah Tengah di Sibu, semalam.
MAKMUR: Tiong (lima kiri) bersama para kenamaan yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka PDP Wilayah Tengah di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia