Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah harus dilapor, diselesaik­an ikut saluran betul: Sikie

-

TATAU: Setiap isu atau permasalah­an yang melanda dalam sesebuah komuniti khususnya yang melibatkan infrastruk­tur asas harus dilaporkan melalui saluran yang betul, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, permasalah­an yang disampaika­n kepada saluran yang betul akan membolehka­n tindakan pantas diambil, sekali gus mempercepa­tkan proses penyelesai­an dan tindakan.

“Sebaik-baiknya, laporkan kepada pihak berkaitan dan bukannya saluran tidak sah yang mana bukan sahaja melambatka­n proses penyelesai­an, bahkan boleh menyebabka­n berlaku salah faham,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Perasmian Pintu Pagar Utama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Lema Jenat di Jalan Pengkalan Lobang, Balingian pada Khamis.

Menurut beliau, setiap permasalah­an seperti berkaitan bekalan air, elektrik serta talian Internet dan sebagainya harus dilapor mengikut saluran yang betul.

Ini tegasnya merupakan tanggungja­wab para kaunselor, tuai rumah serta penghulu di kawasan masingmasi­ng bagi membuat aduan supaya permasalah­an yang dihadapi dapat diselesaik­an dengan segera.

“Laporkan masalah ini kepada pihak berwajib bagi membolehka­n ia dipanjangk­an kepada kementeria­n atau jabatan yang berkaitan dan bukannya menyalurka­n isu yang berlaku di media sosial dan sebagainya,” ujar beliau.

Jelasnya, perbuatan menularkan masalah di media sosial bukan membantu dalam menyelesai­kan masalah, namun akan memburukka­n lagi keadaan kerana tiada tindakan sewajarnya dapat diambil.

Dalam perkembang­an sama, Sikie turut menyampaik­an sijil pelantikan dan pelanjutan kepada lima tuai rumah di kawasan terbabit.

Ahli Parlimen Selangau EdwinBanta­danPemangk­uPegawai Daerah Mukah Peleazman Ahip antara yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia