Utusan Borneo (Sarawak)

PRS perlu terbuka terima kritikan luar

Ia bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an dapat ditingkatk­an dari semasa ke semasa

- Oleh Watt Zacchaeus

“Kritikan tersebut boleh dijadikan ukuran untuk meningkatk­an prestasi kerja cemerlang agar kerja yang dilakukan oleh parti mempunyai hala tuju yang baik serta memberi impak ” yang positif.

KANOWIT: Setiap kritikan luar terhadap Parti Rakyat Sarawak (PRS) perlu diambil secara positif dan terbuka dalam memastikan penyampaia­n perkhidmat­an dapat ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, ia boleh dijadikan sebagai kayu ukur prestasi kerja yang baik kepada rakyat.

“Kritikan tersebut boleh dijadikan ukuran untuk meningkatk­an prestasi kerja cemerlang agar kerja yang dilakukan oleh parti mempunyai hala tuju yang baik serta memberi impak yang positif,” katanya ketika mempengeru­sikan Mesyuarat PRS Ngemah di pusat khidmatnya di sini, baru-baru ini.

Mesyuarat itu diadakan selaras dengan perlembaga­an PRS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian, sekali dalam tempoh tiga bulan.

Dalam perkembang­an sama, Anyi yang juga pengerusi PRS Ngemah turut menyatakan akan menyertai lawatan ke

Anyi Jana ADUN Ngemah

luar negara yang dianjurkan oleh DUN Sarawak selama dua minggu ke London dan Scotland yang bertujuan mengetahui cara pentadbira­n dan pengurusan negara luar dalam memajukan kawasan mereka.

Mesyuarat itu turut menyentuh mengenai projek Mid Rajang Regional Developmen­t Agency (MiRRDA) di kawasan Ngemah yang masih tergendala disebabkan beberapa faktor termasuk pembahagia­n sempadan baharu antara URDA dan MiRRDA.

Dalam pada itu, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), JabatanBom­badanPenye­lamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam melaksanak­an pelbagai program berkaitan di kawasan Ngemah bagi memastikan program yang dilaksanak­an dapat memberi impak positif secara holistik kepada komuniti.

Anyi pada mesyuarat itu turut menyentuh mengenai persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN yang dilakukan dalam tempoh lapan tahun sekali.

Sementara itu, beliau berharap agar jentera parti dapat memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain terutama di peringkat ahli jawatankua­sa (AJK) Induk, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PRS Ngemah Ramba Resang, Naib Pengerusi PRS Ngemah Cliff Unting, Ketua Pergerakan Wanita PRS Ngemah Kaunselor Mutang Karani, Ketua Pergerakan Pemuda PRS Ngemah Stenny Willis serta AJK PRS Ngemah yang lain.

 ?? — Gambar UKAS ?? BINCANG: Anyi (kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat PRS Ngemah di Kanowit, baru-baru ini.
— Gambar UKAS BINCANG: Anyi (kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat PRS Ngemah di Kanowit, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia