Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ bantu imarahkan surau, masjid

-

KUCHING: Inisiatif CATS FM menganjurk­an kempen solat subuh menerusi program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Darul Hana di sini, wajar dijadikan contoh bagi menarik ramai jemaah hadir ke surau dan masjid.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini kerana program itu boleh menjadi platform terbaik untuk mengimarah­kan rumah ibadat tersebut terutama menjelang bulan Ramadan.

“Kita lihat menerusi program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, ramai jemaah masijd bersama-sama menunaikan solat fardhu Subuh dan ini adalah satu perkara yang kita amat galakkan.

“Justeru, diharapkan pada masa depan kita dapat mengadakan­nya selalu memandangk­an ia mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan masyarakat Islam.

“Pada masa sama, program ini boleh dijadikan contoh bagi pihak pengurusan masjid dan surau atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menarik ramai jemaah hadir ke rumah ibadat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin di sini, Sabtu lepas.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berterima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan program sedemikian di kawasan tersebut.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam di seluruh negeri menyertai aktiviti yang dianjurkan surau dan masjid di sekitar mereka sepanjang Ramadan nanti bagi meningkatk­an amal jariah masingmasi­ng.

“Pada bulan Ramadan, kita ajak rakan-rakan kita, para dermawan, ahli-ahli korporat dan usahawan untuk beramal jariah kerana inilah masanya untuk bersedekah menerusi aktiviti-aktiviti yang ada seperti mengadakan aktiviti berbuka puasa di masjid.

“Bukan itu sahaja, pengisian pelbagai aktiviti antara solat lima waktu sehari semalam sepanjang masa dan ini juga disebut oleh Ustaz Azmi Shaari yang mahu aktiviti diadakan antara solat fardhu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kristal Harta (CATS FM) Mohd Iskandar Mohd Nawawi menyifatka­n program sedemikian mampu memberi impak positif kepada pembentuka­n ummah khususnya dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, program tersebut menyaksika­n lebih 1,000 jemaah yang hadir sekali gus menunaikan solat Subuh berjemaah.

Turut diadakan, tazkirah Subuh sempena Israk Mikraj oleh Ustaz Azmi Shaari serta acara senaman taici.

 ?? — Gambar UKAS ?? IMARAHKAN: Abdul Rahman ketika menghadiri Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ pada Sabtu lepas.
— Gambar UKAS IMARAHKAN: Abdul Rahman ketika menghadiri Program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia