Utusan Borneo (Sarawak)

Hasidah enggan ulas kertas siasatan bawa keluar bekas TYT dari hospital

-

KUCHING: Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali enggan mengulas mengenai kertas siasatan membabitka­n insiden bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dibawa keluar dari hospital, bertentang­an dengan nasihat perubatan.

Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n itu berkata beliau tiada komen mengenai persoalan itu kerana beliau juga tidak tahu.

“Jika persoalann­ya mengenai perkara ini, saya tiada komen. Saya tidak tahu. Maaf,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program Sunathon Perdana di Taman Sukma di sini kelmarin.

Beliau ditanya jika kerajaan negeri telah menerima kertas siasatan daripada polis mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam laporan BERNAMA pada Ahad, mengesahka­n Tun Taib berada di ibu negara dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Beliauturu­tmemaklumk­an laporan polis yang tersebar di media sosial adalah sahih dan polis kini menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Bagaimanap­un katanya, siasatan bukanlah membabitka­n insiden bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu dilarikan, sebaliknya lebih kepada perbuatan yang mungkin boleh membahayak­an kesihatan Tun Taib.

“Kertas siasatan telah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Sarawak semalam (9 Februari) dan masih menunggu arahan lanjut.

“Tiada istilah dilarikan kerana yang membawa keluar dan balik ke rumah adalah isteri bekas TYT (Tuan Yang Terutama) berkenaan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarka­n maklumat tidak sahih yang boleh membawa kepada spekulasi.

 ?? ?? REAKSI: Sharifah Hasidah ketika ditemui pemberita pada program Sunathon Perdana Taman Sukma kelmarin.
REAKSI: Sharifah Hasidah ketika ditemui pemberita pada program Sunathon Perdana Taman Sukma kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia