Utusan Borneo (Sarawak)

21 kanak-kanak sertai program berkhatan beramai-ramai Taman Sukma

-

KUCHING: Seramai 21 kanak-kanak lelaki menyertai program berkhatan beramairam­ai pada program Sunathon Perdana di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata program yang diadakan secara percuma itu menyasarka­n kanak-kanak daripada keluarga berpendapa­tan rendah (B40) yang menetap di kawasan Taman Sukma.

“Program seperti ini amat dialu-alukan. Kerajaan negeri telah menyokong program pembanguna­n masyarakat, sebab itu saya ke sini pagi ini untuk memberi sokongan moral kepada kanak-kanak yang menjalani prosedur berkhatan.

“Dengan itu, saya ingin mengucapka­n tahniah kepada jawatankua­sa atau Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Sukma kerana telah mengadakan program sebegini,” katanya berucap merasmikan program tersebut.

Pada masa sama, Sharifah Hasidah turut menggesa masyarakat memanfaatk­an bangunan Masjid Ikhwanul Islam yang baru dilancarka­n, dengan kerap menganjurk­an aktiviti keagamaan, selain solat berjemaah.

Beliau berkata, aktiviti itu perlu melibatkan semua lapisan masyarakat dari muda hingga tua terutama untuk perpaduan sosial.

“Saya mahu melihat lebih ramai orang datang ke sini bukan sahaja untuk menunaikan kewajipan agama tetapi juga untuk menghadiri aktiviti kemasyarak­atan yang lain.

“Kita mesti menganjurk­an lebih banyak aktiviti keagamaan, bukan sahaja untuk orang tua tetapi juga golongan muda,” katanya.

Beliau menambah, selain aktiviti keagamaan, ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalin dan memupuk hubungan baik sesama umat Islam di sini.

 ?? ?? LANCAR: Kanak-kanak disembur dengan air bagi program berkhatan beramai-ramai di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma.
LANCAR: Kanak-kanak disembur dengan air bagi program berkhatan beramai-ramai di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia