Utusan Borneo (Sarawak)

70 kanak-kanak sertai program khatan percuma Pusat Khidmat DUN Satok

-

KUCHING: Seramai 70 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampu­an B40 menyertai program berkhatan beramai-ramai secara percuma anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, program itu bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampu­an untuk membiayai kos serta rawatan selepas bersunat.

“Dalam kalangan peserta khatan pada hari ini, ada yang masih tidak berpeluang untuk bersunat walaupun usia sudah mencecah 15 tahun.

“Apabila kita dapatkan maklumat tentang perkara ini, kita dapati mereka terpaksa lambatkan proses bersunat kerana kosnya mencecah RM300.

“Oleh itu, dengan kerjasama pelbagai pihak, kita membantu menawarkan program berkhatan secara percuma, menanggung segala kos yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak golongan B40 dan tidak berkemampu­an bagi kawasan Satok di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah di sini, kelmarin.

Menurut Ibrahim, program itu turut mendapat kerjasama daripada Biro Kebajikan dan Persatuan Pembantu Perubatan Cawangan Kuching.

“Dengan mengadakan program sebegini, kita harap ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangk­an beban ibu bapa membiayai kos berkhatan untuk anak lelaki mereka.

“Di samping membantu golongan ini menjalanka­n tuntutan wajib dalam agama Islam,” ujarnya.

Terdahulu, proses berkhatan itu dilakukan oleh 20 pegawai serta pembantu perubatan yang bertauliah dan berpengala­man.

Turut hadir pada program itu ialah Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany, Temenggung Bahagian Kuching Abdullah Jamil serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Ibrahim merakam kenangan selepas melakukan simbolik perasmian semasa Majlis Berkhatan Beramai-Ramai untuk anak golongan B40 dan tidak berkemampu­an bagi kawasan Satok di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah kelmarin.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Ibrahim merakam kenangan selepas melakukan simbolik perasmian semasa Majlis Berkhatan Beramai-Ramai untuk anak golongan B40 dan tidak berkemampu­an bagi kawasan Satok di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia