Utusan Borneo (Sarawak)

Perkembang­an teknologi terkini tunjang pembanguna­n masa depan sistem pendidikan

-

SRI AMAN: Perkembang­an teknologi terkini menjadi tunjang kepada pembanguna­n masa depan sistem pendidikan negara.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, ini adalah sejajar dengan anjakan kelapan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk tempoh 20132025.

Dalam pada itu katanya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut bagi mempersiap­kan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Tiang Laju (ATILA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang di Dewan Suarah Sri

Aman dekat sini Khamis lalu.

Katanya, ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila anak-anak balik ke rumah.

“Sistem pendidikan negara semakin menekankan pelbagai kemahiran dalamkurik­ulum demi mempersiap­kan murid menghadapi cabaran kompleks abad ke-21.

“Oleh itu, ibu bapa hendak tidak hendak perlu mengikuti peredaran teknologi terkini dalam memastikan segala rancangan system pendidikan negara ini sampai kepada golongan sasar iaitu anak-anak mereka,” tegasnya.

Tambah Harden lagi, dalam kurikulums­ekolahturu­tdinyataka­n antara hasrat Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) termasuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran abad ke-21 dengan memberi focus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya berteraska­n amalan nilai murni.

“Guru perlu mempunyai pengetahua­n kandungan pedagogi abad ke-21 kerana dalam bilikdarja­h, guru memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajar­an (PdP) untuk mengubah tingkah laku murid.

“Peranan guru dan murid sama-sama penting bagi memastikan mereka dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21 ini,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Penolong Kanan (PK) Hal Ehwal Murid (HEM), SMK Simanggang Ustaz Ahmad Najib Buang, wakil ResidenBah­agian Sri Aman Muhaini Imran, wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman selaku Pegawai Angkat SekolahNan­cy Nosiew, Penolong Kanan Tingkatan Enam Lily Glundi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Simanggang Awang Magerib Awang Anie, bekas Pengetua SMK Simanggang Boo Mee Lian serta Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman ASP ASPKalang Buda.

Pada majlis tersebut Harden turut meluluskan peruntukan MRP bagi tahun 2024 kepada PIBG SMK Simanggang berjumlah RM30,000 untuk membiayai kos program menjurus kepada kecemerlan­gan murid-murid sekolah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia