Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan kukuh pacu pembanguna­n lebih mampan

Ekonomi negeri, taraf hidup masyarakat bandar, luar bandar turut meningkat dan makmur: Premier

- Oleh Jessica Jawing

“Dalam Tahun Naga ini, kita berharap keadaan kita lebih makmur, ekonomi kita lebih mampan dan masyarakat berbilang kaum dan agama terus mengamalka­n ” hidup bersatu padu. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

KUCHING:Perpaduany­ang kukuh di kalangan rakyat negeri ini dapat membantu menumpukan kegiatan kepada pembanguna­n lebih mampan kepada Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus meningkatk­an ekonomi negeri yang akan meningkatk­an taraf hidup masyarakat bandar dan luar bandar.

“Dalam Tahun Naga ini, kita berharap keadaan kita lebih makmur, ekonomi kita lebih mampan dan masyarakat berbilang kaum dan agama terus mengamalka­n hidup bersatu padu.

“Dengan adanya keadaan masyarakat bersatu padu, kita dapat menumpukan kepada kegiatan pembanguna­n yang lebih lestari kepada negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2024 yang disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Sabtu.

Tambah Abang Johari, kerajaan akan terus membela keadaan masyarakat di bandar dan luar bandar menerusi ekonomi yang baik di negeri ini.

Sementara itu, Tun Wan Junaidi yang turut ditemui media mengalu-alukan semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama bersama meraikan Tahun Baharu Cina.

“Saya menjemput semua rakyat Sarawak, tidak mengira bangsa dan agama meraikan Tahun Baharu Cina,” ujarnya.

Sementara itu, dianggarka­n lebih 5,000 pengunjung pelbagai lapisan latar belakang hadir pada rumah terbuka yang diadakan dari jam 9.30 pagi.

Rumah Terbuka TBC peringkat negeri itu merupakan yang pertama diadakan dan menyaksika­n Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian sebagai pengerusi pengelola.

Selain orang awam, rumah terbuka itu juga dikunjungi menteri dan timbalan menteri daripada kedua-dua kerajaan negeri dan persekutua­n selain daripada ketua-ketua jabatan kerajaan.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Tun Wan Junaidi (tiga kanan) bersama Abang Johari (lima kiri), Dr Sim (empat kiri) serta tetamu jemputan lain menunjukka­n poster tulisan kaligrafi Cina sempena sambutan TBC 2024.
— Gambar Chimon Upon SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Tun Wan Junaidi (tiga kanan) bersama Abang Johari (lima kiri), Dr Sim (empat kiri) serta tetamu jemputan lain menunjukka­n poster tulisan kaligrafi Cina sempena sambutan TBC 2024.
 ?? ?? UNTUK KENANGAN: Tun Wan Junaidi (dua kiri) dan Toh Puan Fauziah (dua kanan) merakam kenangan bersama Dr Chan (kiri) serta Lorna di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Fairway Villa, Petra Jaya lewat petang Sabtu lepas.
UNTUK KENANGAN: Tun Wan Junaidi (dua kiri) dan Toh Puan Fauziah (dua kanan) merakam kenangan bersama Dr Chan (kiri) serta Lorna di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Fairway Villa, Petra Jaya lewat petang Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia