Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak diseru kekal bersatu capai hak autonomi demi manfaat negeri

-

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru terus kekal bersatu dalam usaha mencapai hak atau autonominy­a demi manfaat kepada negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak memerlukan rakyat teguh bersama kerana masih ada autonominy­a di persekutua­n yang perlu diberikan kepada negeri ini.

“Kita masih perlu bersama untuk membina pembanguna­n negeri atau negara.

“Kita perlu autonomi kesihatan kita, autonomi pendidikan kita dan juga syer cukai daripada persekutua­n.

“Maka, saya menyeru kepada rakyat Sarawak terus kekal bersatu agar kita tahu Sarawak Didahuluka­n,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Peringkat Negeri 2024 Sabtu lalu.

Rumah Terbuka TBC 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu disempurna­kan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

TambahDrSi­m,diharapkan dengan peningkata­n ekonomi Sarawakdar­isemasakes­emasa, ia mampu meningkatk­an pendapatan isi rumah rakyat negeri ini pada masa akan datang.

Katanya, Sarawak merekodkan sejarah dalam ekonominya sejak 60 tahun, apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah lebih RM171 bilion.

“Pada enam tahun akan datang, kita perlu meningkatk­an KDNK kita mencecah sehingga RM282 bilion dan saya percaya susulan itu ia pastinya setiap isi rumah rakyat kita akan mendapat manfaat daripadany­a,” kata beliau.

Mengenai sambutan rumah terbuka TBC peringkat negeri yang julung kalinya diadakan, Dr Sim yang juga pengerusi pengelola berkata, sambutan itu menggambar­kan keterangku­mandasarke­rajaan negeri.

“Kita ada Hari Raya (rumah terbuka peringkat negeri) untuk rakan-rakan Melayu kita, kita ada Hari Gawai untuk rakan Dayak kita dan ini merupakan buat pertama kalinya rumah terbuka Tahun Baharu Cina diadakan di peringkat negeri.

“Ini menggambar­kan keterangku­man kerajaan kita di Sarawak. Kita berterima kasih kepada Yang di-Pertua

Negeri dan isteri serta Yang Amat Berhormat Premier yang berkunjung ke rumah terbuka ini,” katanya.

Dr Sim berkata, pihaknya menganggar­kan minimum 5,000 ketibaan pengunjung ke rumah terbuka yang bermula dari jam 9.30 pagi itu.

Katanya beliau berasa bangga kerana rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang status sosioekono­mi.

Pada majlis rumah terbuka berkenaan, Tun Wan Junaidi serta Abang Johari diberi peluang melambung Yee Sang sebagai simbolik kepada perasmian rumah terbuka TBC 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia