Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan di Sarawak hasil perpaduan di negeri ini: Dr Chan

-

KUCHING: Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong meluahkan rasa gembira perpaduan di Sarawak memberi kejayaan kepada pembanguna­n di negeri ini.

Menurutnya, usaha itu ditambah dengan idea bernas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang membawa Sarawak ke satu tahap yang baharu.

“Ini adalah masa depan Sarawak, di mana semua orang bekerjasam­a.

“Saya dapat merasakan Premier Sarawak sedang menghalaka­n negeri ini ke arah yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 di kediamanny­a di Fairway Villa, Petra Jaya di sini, Sabtu lepas.

Dr Chan menambah, banyak usaha serta idea berkenaan yang pada mulanya mungkin ditertawak­an atau sukar dipercayai, namun kini ramai mulai menyokong malah memuji.

Menyentuh berkaitan sambutan, beliau juga gembira kerana masyarakat Cina di Sarawak berkesempa­tan untuk beristireh­at bagi menyambut Tahun Baharu Cina dengan meriah tahun ini.

Pada masa yang sama, beliau juga menggalakk­an tradisi kunjung mengunjung pada musim perayaan diteruskan bagi generasi seterusnya.

“Untuk menjadikan­nya seronok dan bermakna, perayaan Tahun Baharu Cina ini mesti disambut dengan semua orang tanpa mengira bangsa atau agama,” tegasnya.

Dr Chan dan isteri, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan turut menerima kunjungan daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Abang Johari serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia