Utusan Borneo (Sarawak)

Premier meriahkan rumah terbuka TBC, ulang tahun ke-160 Persatuan Teochew Kuching

-

KUCHING: Persatuan Teochew Kuching mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma Teochew, Jalan Tabuan di sini pada hari kedua sambutan yang juga sempena ulang tahun ke-160 persatuan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang hadir pada rumah terbuka tersebut seterusnya menyempurn­akan gimik pelancaran sambutan ulang tahun persatuan.

Presiden persatuan, Chew Boon Seng menyambut ketibaan Premier dan isteri yang turut disertai Menteri Pelanconga­n,

Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Dalam pada itu, tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka yang berlangsun­g kelmarin disajikan dengan hidangan tradisi masyarakat Teochew selain tarian singa.

Majlis rumah terbuka ini merupakan salah satu siri aktiviti yang dirancang sempena sambutan ulang tahun ke-160 persatuan pada tahun ini.

Selain perayaan Tahun Baharu Cina, terdapat juga pameran kuil pada hari ketiga Mac pada Kalendar Lunar sempena sambutan hari lahir dewa Hiang Tiang Siang Ti, Pesta Kebudayaan Teochew, Pesta Makanan Teochew dan sambutan hari lahir beramairam­ai ahli kanan persatuan.

Salah satu acara kemuncak sambutan ialah majlis makan malam ulang tahun ke-160 persatuan itu yang dijadual diadakan pada 16 Jun dengan ahli klan tempatan dan luar negara dijangka hadir.

Pada masa yang sama, aktiviti yang dijadualka­n pada pertengaha­n Jun juga akan merangkumi Kem Kebudayaan Opera Teochew Belia, Demonstras­i Hidangan Teochew, Forum Akademik Teochew, Pameran Sejarah

Persatuan Teochew Kuching, Malam Kebudayaan Teochew dan Persidanga­n Komuniti Teochew Seluruh Sarawak.

Manakala dari Julai hingga Oktober pula, beberapa program akan diadakan seperti pertanding­an mewarna Hari Sarawak, pameran seni, upacara kematangan remaja, Pesta Hantu Lapar, pesta makanan tradisiona­l untuk Pesta Kuching, pesta menyembah bulan yang diadakan sempena Pesta Pertengaha­n Musim Luruh pada hari ke-15 bulan lunar kelapan dan makan malam untuk orang tua sempena Hari Pencerahan Dewa pada hari kesembilan September dalam Kalendar Lunar.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani bersama yang lain merakam kenangan di hadapan Wisma Teochew sempena Tahun Baharu Cina kelmarin.
— Gambar Roystein Emmor UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani bersama yang lain merakam kenangan di hadapan Wisma Teochew sempena Tahun Baharu Cina kelmarin.
 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (dua kiri) merakam kenangan bersama JC Fong (kiri) semasa sambutan berkenaan pada Sabtu.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Abang Johari (dua kiri) merakam kenangan bersama JC Fong (kiri) semasa sambutan berkenaan pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia