Utusan Borneo (Sarawak)

Tahun Naga diharap memberi limpahan kemakmuran

Lee juga berharap sambutan TBC kali ini akan membawa suasana lebih baik kepada kehidupan rakyat negeri ini

- Oleh Clare Cinderella

“Mudah-mudahan kita di Sarawak dilimpahi dengan kemakmuran dan hasil kita akan terus bertambah dan ” meningkat.

MIRI: Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berharap agar ketibaan Tahun Naga akan memberi limpahan kemakmuran dan unsur-unsur positif kepada rakyat dan negeri ini.

Beliau juga berharap sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini akan membawa suasana lebih baik kepada kehidupan rakyat di negeri ini.

“Mudah-mudahan kita di Sarawak dilimpahi dengan kemakmuran dan hasil kita akan terus bertambah dan meningkat,” katanya.

Bercakapke­padapember­ita semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka TBC beliau di Dewan Dato Permaisuri di Bandar Baru Permyjaya di sini, kelmarin, Lee mahu rakyat negeri ini terus mengukuhka­n perpaduan dan kestabilan yang ada di Sarawak.

“Semoga perpaduan dan kestabilan di Sarawak akan menjadi lebih kukuh dalam Tahun Naga ini dan kekal sebagai model atau contoh, dalam konsep perpaduan dengan kepelbagai­an kaum dan agama.

Lee memberitah­u, beliau juga mahu rakyat di negeri ini dan di Miri khususnya mengekalka­n perpaduan sediaadade­nganmenger­atkan hubungan sesama mereka pada musim perayaan dengan mengamalka­n tradisi rumah terbuka.

Beliau berkata penganjura­n majlis rumah terbuka pada musim perayaan bukanlah perkara baharu tetapi merupakan tradisi di negeri ini, dengan rakyat berbilang kaum, saling kunjung mengunjung­i dan bersama

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

meraikan perayaan-perayaan yang disambut di negeri ini.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin melahirkan rasa bangga kerana dapat bertemu rakyat pada majlis rumah terbuka seperti itu.

Justeru katanya, penganjura­n rumah terbuka beliau di sini memudahkan rakyat di kawasan Senadin datang beramai-ramai mengunjung­i majlis tersebut dan bertemu dengan beliau danpemimpi­nSUPPkawas­an

Senadin yang lain.

Beliau mendedahka­n kawasan DUN Senadin memiliki populasi lebih 200,000 atau hampir separuh daripada penduduk bandar raya Miri.

Selain itu, ia merupakan kawasan yang luas terbentang dari Sungai Tujoh hingga ke sempadan Marudi yang merangkumi kawasan Kuala Baram, Tudan, Desa Senadin, Permyjaya, Vista Perdana, 11 kampung dan tiga rumah panjang, selain sebahagian kawasan Riam.

 ?? ?? LIMPAHAN KEMAKMURAN: Lee dan isterinya Datin Sri Christina Kong (baris depan tujuh kiri) dan beberapa jawatankua­sa exco SUPP Senadin bergambar sempena Tahun Baharu Cina kelmarin bersama ahli-ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) yang diketuai presidenny­a Chai Chon Chin (baris depan enam kiri).
LIMPAHAN KEMAKMURAN: Lee dan isterinya Datin Sri Christina Kong (baris depan tujuh kiri) dan beberapa jawatankua­sa exco SUPP Senadin bergambar sempena Tahun Baharu Cina kelmarin bersama ahli-ahli Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) yang diketuai presidenny­a Chai Chon Chin (baris depan enam kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia