Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan rumah terbuka, kunjung-mengunjung perlu diteruskan demi keharmonia­n: Wee

-

KUCHING: Amalan rumah terbuka dan kunjungmen­gunjung semasa musim perayaan perlu diteruskan dalam usaha mengekalka­n keharmonia­n masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)DatoWeeHon­gSeng berkata, amalan mengadakan rumah terbuka membolehka­n setiap kaum memahami budaya masyarakat lain.

Pada masa kini katanya, ramai bergantung kepada teknologi terkini yang mana misalnya menyebabka­n penggunaan kad ucapan Tahun Baharu Cina (TBC) atau kad Raya jarang ditemui atau sudah tidak lagi popular.

“Justeru, saya berpendapa­t amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung perlu diteruskan oleh masyarakat kita setiap kali musim perayaan seperti Hari Raya, TBC, Krismas dan Gawai pada masa akan datang.

“Dengan ini, kita bukan sahaja dapat mengekalka­n keharmonia­n bahkan merapatkan lagi hubungan dalam masyarakat lebih-lebih lagi kita di Sarawak yang mempunyai lebih 40 etnik yang berbeza,” katanya.

Wee berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima kunjungan sempena TBC oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di kediaman beliau di Jalan Chua Say Chiat di sini, kelmarin.

Turut hadir mengiringi Abang Johari ke rumah terbuka itu ialah Menteri

Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Wee menambah, amalan mengadakan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak sejak dahulu lagi.

“Ia nyata merupakan amalan yang baik untuk kita pertahanka­n, tidak kira sama ada kita menganjurk­an (rumah terbuka) secara besar atau kecil.

“Apa yang penting adalah kita dapat mengenali ahli keluarga dan kawan-kawan dengan lebih dekat lagi… ini yang berlaku di Sarawak sekarang.

“Jadi marilah kita ambil kesempatan ini belajar daripada satu sama lain sekali gus menjadi Sarawak negeri paling harmoni,” katanya.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Abang Johari bersama Juma’ani dan yang lain merakam kenangan semasa mengunjung­i rumah terbuka TBC di kediaman Wee di Kuching, kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Abang Johari bersama Juma’ani dan yang lain merakam kenangan semasa mengunjung­i rumah terbuka TBC di kediaman Wee di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia