Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tak pilih warna kulit, perpaduan rakyat senjata bangun negeri: Dr Rundi

-

KUCHING: Sarawak tidak memilih warna kulit dan menjadikan perpaduan sebagai senjata untuk terus bersama dalam membangunk­an negeri menjadi lebih maju.

Demikian kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang ditemani isteri, Datin Sri Loreta Sawot ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Peringkat Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Sabtu.

“Ini menunjukka­n tahun yang sangat baik untuk Sarawak yang menantikan masa depan yang lebih baik dan semua kaum merayakan semua perayaan yang kita ada.

“Selepas ini kita akan menyambut Hari Raya, Hari Gawai tidak lama lagi,” katanya.

Rumah Terbuka TBC 2024 yang diadakan di BCCK itu disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi serta dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta barisan Menteri Kabinet Sarawak.

Beliau menambah, Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang turut hadir sebagai tanda sokongan berterusan yang akan membawa Sarawak sebagai sebuah negeri, sebagai wilayah.

“Kita menjadi contoh perpaduan, kerana berkongsi apa sahaja perayaan yang kita ada tanpa mengira warna kulit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia