Utusan Borneo (Sarawak)

Sikie, isteri adakan kunjungan Tahun Baharu Cina di pekan Tatau

-

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai dan isteri Datin Sri Melia Gelen mengadakan kunjungan ke 12 kediaman ketua masyarakat dan ahli perniagaan Cina di sekitar pekan Tatau pada Sabtu.

Rombongan disertai ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK)sekitardae­rahTatau termasuk ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kediaman pertama yang dikunjungi Sikie dan isteri adalah kediaman Penghulu Lim Tcia Hong, diikuti kediaman Kapitan Chin Kim Hee dan ahli perniagaan Moi Ah Lek, seterusnya ke kediaman yang lain.

Sikie pada masa sama berkata, amalan kunjungmen­gunjung semasa musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina serta perayaan lain sudah menjadi tradisi di negeri ini khususnya di kawasan Tatau tidak kira agama serta latar belakang.

“Perbezaan kaum dan agama bukanlah alasan untuk kita saling membezakan diri daripada yang lain, namun ia menjadi kekuatan buat setiap kaum supaya mengekalka­n keharmonia­n kaum melalui amalan berkunjung antara satu sama lain,” ujarnya.

Pada masa sama tegasnya, setiap perayaan yang dirayakan oleh masyarakat majmuk di negara ini dapat dijadikan platformba­gimenyemar­akkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Apa yang penting ujarnya, ialah jadikan perbezaan agama serta kepercayaa­n sebagai identiti unik dan kekuatan buat semua bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri yang aman dan harmoni di negara ini.

Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Jankey Jikat antara yang turut serta pada kunjungan berkenaan.

 ?? ?? HARMONI: Sikie dan isteri berserta rombongan merakam kenangan bersama-sama di hadapan kediaman Moi Ah Lek semasa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina pada Sabtu.
HARMONI: Sikie dan isteri berserta rombongan merakam kenangan bersama-sama di hadapan kediaman Moi Ah Lek semasa mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina pada Sabtu.
 ?? ?? REAKSI: Dr Rundi ketika ditemu ramah media Sabtu lalu.
REAKSI: Dr Rundi ketika ditemu ramah media Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia