Utusan Borneo (Sarawak)

Lau perjelas pusat khidmatnya belanja RM4.2j bagi kawasan Lanang

-

SIBU: Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berkata, pusat khidmatnya telah membelanja­kan sebanyak RM4.2 juta di kawasannya sepanjang tahun lalu.

Lau ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pusat Khidmat Parlimen Lanang di Jalan Lanang, di sini berkata, sebanyak RM2 juta diperuntuk­kan khas untuk menangani isu-isu kritikal di Lanang.

Lau berkata, beliau turut menekankan pendekatan pragmatik dan berorienta­sikan hasil dalam memanfaatk­an peruntukan tersebut.

Katanya, keutamaan beliau adalah memfokuska­n perkara mendesak dengan matlamat memupuk pembanguna­n mampan dan meningkatk­an kesejahter­aan keseluruha­n rakyat di kawasan Lanang.

Sementara itu, lebih 1,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan pusat khidmatnya, sekali gus mencipta semangat perayaan yang penuh kegembiraa­n.

Lau turut menekankan keunikan Sarawak dalam merayakan Tahun Baharu Cina di mana semua lapisan masyarakat dapat bergembira tanpa beban tugasan kerja dan tanpa memandang agama atau budaya.

Mengulas mengenai pusat khidmatnya yang dirasmikan pada akhir tahun lalu, Lau memberitah­u, ia bukan hanya menjadi tempat menyambut tetamu, bahkan memberi perkhidmat­an teras kepada masyarakat Lanang.

Lau turut menyatakan komitmen pusat khidmatnya yang melangkaui perayaan dengan menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an termasuk menerima aduan, menganjurk­an program, menyokong penjagaan kesihatan, pendidikan dan membantu mereka yang berada di kawasan luar bandar.

Selain itu, Lau turut mendedahka­n bahawa permohonan bantuan yang berbeza-beza menunjukka­n keperluan yang pelbagai bagi setiap isi rumah.

Ini termasuk pembaikan rumah, sokongan kesihatan dan bantuan dalam pengisian borang untuk perkhidmat­an kerajaan.

Katanya, dengan menyelaras­kan proses ini pusat khidmatnya memastikan kebolehcap­aian untuk semua penduduk di Sarawak.

Selain itu, inisiatif berterusan ini juga mencermink­an komitmen yang kukuh dalam membangun masyarakat dan meningkatk­an kualiti hidup penduduk di Lanang.

 ?? ?? MESRA: Lau (tiga kanan) menyambut tetamu yang hadir berkunjung ke rumah terbuka pusat khidmatnya di Jalan Lanang, Sibu.
MESRA: Lau (tiga kanan) menyambut tetamu yang hadir berkunjung ke rumah terbuka pusat khidmatnya di Jalan Lanang, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia