Utusan Borneo (Sarawak)

Tiang sasar selesaikan projek sakit tahun ini

Sebanyak 33 projek sakit dikenal pasti pada tahun lepas dan menurun kepada 31 projek setakat bulan lepas Pang rai Tahun Baharu Cina bersama rakan-rakan SUPP

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang menyasarka­n untuk menyelesai­kan beberapa projek sakit di bawah kementeria­nnya tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 33 projek sakit dikenal pasti pada tahun lepas dan angka tersebut menurun kepada 31 projek setakat bulan lepas.

“Apabila saya mengatakan sakit, maksudnya ia (projek) masih hidup (berjalan), masih bernafas, masih ada harapan.

“Ia hanya masalah teknikal yang perlu kita atasi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina beliau di sini, kelmarin.

Tiang berkata demikian ketika ditanya mengenai sasaran kementeria­nnya pada tahun ini.

Dalam pada itu, Ahli

“Apabila saya mengatakan sakit, maksudnya ia (projek) masih hidup (berjalan), masih bernafas, masih ada ” harapan. Datuk Michael Tiang Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, kementeria­nnya juga akan melancarka­n jerayawara yang bertujuan mempromosi­kan tribunal perumahan strata di seluruh Sarawak.

Jelas beliau, matlamatny­a adalah untuk memastikan rakyat Sarawak sedar bahawa sebagai pembeli rumah, mereka mempunyai akses kepada tribunal perumahan.

“Bagi mereka yang membeli harta hak milik strata, adalah penting untuk mengetahui bahawa terdapat juga tribunal hak milik strata khusus yang tersedia.

“Tribunal yang baru ditubuhkan ini direka untuk melindungi hak pengguna dan saya akan mempromosi­kannya secara aktif di seluruh negeri,” katanya.

Terdahulu, mengenai majlis rumah terbuka itu, Tiang percaya dengan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat, membolehka­n semua jenis perayaan di negeri ini disambut secara bersama-sama dalam keadaan harmoni.

“Kita sedang menuju ke arah negeri maju dan makmur menjelang 2030.

“Saya yakin kita mampu mencapainy­a selagi kita terus bersatu padu,” katanya.

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang menerima kunjungan ahliahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu dan rakan-rakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a di Jalan Tun Razak-Jalan Jambu, Tanjung Batu di sini pada hari kedua sambutan perayaan itu kelmarin.

Pang turut beramah mesra dengan ahli jawatankua­sa dan ahli-ahli SUPP Bintulu yang mengunjung­i kediamanny­a.

Pang yang juga Pengerusi SUPP Bintulu bersama Timbalanny­a Siew Chiew Choung serta rombongan ahli-ahli SUPP Bintulu seterusnya turut mengadakan kunjungan ke kediaman ahli perniagaan, rakan dan ketua masyarakat kaum Cina di Bintulu.

Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini merupakan Tahun Naga dalam kalendar

Cina yang dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah.

 ?? ?? SAMBUTAN: Pang (tengah) menerima kunjungan ahli-ahli SUPP serta rakan-rakan pada hari kedua Tahun Baharu Cina di Bintulu, kelmarin.
SAMBUTAN: Pang (tengah) menerima kunjungan ahli-ahli SUPP serta rakan-rakan pada hari kedua Tahun Baharu Cina di Bintulu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia