Utusan Borneo (Sarawak)

Aaron hargai usaha Kerajaan Sarawak anjur sambutan TBC peringkat negeri

-

KUCHING: Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang menyatakan ucapan penghargaa­n atas usaha Kerajaan Sarawak menganjurk­an Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat negeri di Sarawak tahun ini.

Menurutnya, ia sebagai satu langkah kerajaan bagi memastikan perpaduan yang ada di negeri ini dapat dikekalkan.

“Dalam kementeria­n kita, acara ini dihormati dan kita mengiktira­f apa sahaja festival yang menyatukan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Seperti TBC ini, kita dapat lihat kehadiran tetamu pelbagai bangsa, agama, dan ini menunjukka­n sikap saling hormatmeng­hormati,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri rumah terbuka TBC Peringkat Negeri Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Katanya, semangat ini juga dapat dilihat semasa sambutan hari perayaan yang lain seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri,

Hari Gawai dan sebagainya.

“Ucapan penghargaa­n kepada Kerajaan Sarawak kerana dapat menganjurk­an majlis seperti ini. Kita berharap dengan kemeriahan sambutan kali ini, ia turut dirasai semasa sambutan perayaan yang lain,” jelasnya.

Kemeriahan majlis itu terserlah apabila ia dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang

Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta tetamu kenamaan yang lain.

Terdahulu, majlis tersebut dihadiri lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum bagi memeriahka­n suasana sambutan.

 ?? Gambar Chimon Upon ?? MERIAH: Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum meraikan Sambutan TBC Peringkat Negeri di BCCK Sabtu lalu.—
Gambar Chimon Upon MERIAH: Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum meraikan Sambutan TBC Peringkat Negeri di BCCK Sabtu lalu.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia