Utusan Borneo (Sarawak)

See enggan ulas dakwaan sertai SUPP

Tidak dapat menyertai mana-mana parti sehingga penggal DUN sedia ada berakhir Pembinaan bangunan Persatuan Autisme Sibu dijangka bermula tahun ini

- Oleh Henrietta Liza

“Saya tidak boleh menyertai mana-mana parti sekarang kerana DUN masih belum ” dibubarkan.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How enggan mengulas spekulasi beliau bakal menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

See yang merupakan ADUN Bebas berkata beliau tidak dapat menyertai manamana parti sehingga penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada berakhir.

“Saya tidak boleh menyertai mana-mana parti sekarang kerana DUN masih belum dibubarkan.

“Selepas itu (DUN bubar) kita akan lihat, masih lama lagi,” katanya yang cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan bertubi-tubi daripada pemberita.

Beliau ditemui di Majlis

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sarawak yang julung kali diadakan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini Sabtu lalu.

See bagaimanap­un tidak menyangkal sedang bekerjasam­a dengan banyak pihak termasuk SUPP bagi menjayakan pelbagai program di kawasan Batu Lintang.

Ia termasuk programpro­gram yang dianjurkan oleh pihak SUPP di peringkat negeri yang amat dihargainy­a.

“Ya memang baik kerana sasaran kita semuanya sama iaituuntuk­berkhidmat­kepada rakyat sebaik mungkin,” tegasnya.

Sudah menjadi kelaziman katanya, ahli politik perlu bekerja untuk rakyat, soal parti adalah perkara kedua

See Chee How ADUN Batu Lintang

yang hanya perlu apabila hendak bertanding.

See bagaimanap­un tidak mengetahui sama ada akan bertanding untuk mempertaha­nkan kerusi DUN Batu Lintang pada

Pilihan Raya Negeri akan datang atau sebaliknya.

“Lagipun, saya (wakil rakyat) bebas, mudahmudah­an (akan bertanding lagi pada PRN kelak). Saya tidak tahu lagi,” katanya.

See sah meninggalk­an Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Ogos 2022, menjadikan beliau satu-satunya ADUN Bebas di Sarawak.

Beliau juga tidak mendedahka­n sebarang alasan mengenai tindakanny­a keluar parti tersebut dan pada masa sama menegaskan dirinya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.

SIBU: Projek pembinaan bangunan baharu Persatuan Autisme Sibu (SAA) bernilai RM3 juta dijangka bermula pada tahun ini, kata Presidenny­a David Ngu.

Menurutnya, pihaknya akan membuat persediaan untuk proses tender dalam beberapa bulan ini.

“SAA juga kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan pembinaan tersebut.

“Bagaimanap­un, dana untuk projek pembinaan bangunan itu masih kurang kerana kami sekarang hanya berjaya mengumpul kira-kira RM300,000 setakat ini.

“Sehubungan itu, kami berharap lebih ramai orang akan tampil ke hadapan untuk bermurah hati menyertai tujuan yang baik ini,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SAA di sebuah hotel di sini, pada malam Khamis lalu.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau yang juga Ahli Parlimen Lanang.

Justeru, Ngu memerlukan semua orang membantu mereka memenuhi projek itu untuk kemudahan serta keselesaan lebih ramai kanakkanak autisme di Sibu dan wilayah tengah amnya.

Beliau berkata, bangunan baharu itu terletak di atas sebidang tanah seluas 1.5 ekar bersebelah­an tempat letak kereta Pusat Agape Sibu di Jalan Alan di sini.

Ngu menambah, SAA akan menganjurk­an Karnival Kesedaran Autisme bagi Zon Tengah Sarawak pada 20 April ini dan Konvensyen Autisme Kebangsaan 2024 pada 27 dan 28 Julai nanti.

Sementara itu, Lau dalam ucapan perasmiann­ya berkata, ibu bapa kanakkanak autisme memerlukan kesabaran serta pemahaman tinggi dan lebih banyak lagi kasih sayang tanpa batasan.

“Setiap hari mereka mungkin menghadapi cabaran baharu tetapi dedikasi anda yang tidak berbelah bahagi yang membolehka­n kanakkanak ini mencapai potensi penuh mereka.

“SAA berdiri sebagai tonggak sokongan, komuniti yang memahami perjalanan unik yang anda tempuhi ini,” tambahnya.

Lau turut memberi cek geran kerajaan sebanyak RM50,000 kepada SAA.

Hadir sama ialah Pengasas dan Pengerusi Penasihat SAA Thomas Ling.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: (Dari empat kiri) Lau dan Ngu serta yang lain ketika menyempurn­akan upacara menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SAA di Sibu pada Khamis lalu.
RAIKAN BERSAMA: (Dari empat kiri) Lau dan Ngu serta yang lain ketika menyempurn­akan upacara menggaul ‘Yee Sang’ pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SAA di Sibu pada Khamis lalu.
 ?? ?? ENGGAN ULAS: See ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri di BCCK pada Sabtu.
ENGGAN ULAS: See ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri di BCCK pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia