Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu perlu pusat jantung untuk tampung keperluan pesakit di wilayah tengah

-

Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong berharap sebuah pusat jantung dapat dibina khusus untuk menampung keperluan pesakit di wilayah tengah di sini.

Beliau berkata, dengan adanya sebuah pusat jantung di sini, sekurang-kurangnya rawatan awal dapat diberikan kepada pesakit.

“Ini adalah impian terbesar saya untuk Tahun Naga bagi penduduk Sibu (kerana) ia sangat mendesak.

“Jika anda lihat statistik, penyakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia.

“Banyak orang mengalami penyakit jantung, terutama kegagalan jantung, serangan jantung dan lain-lain, menjadikan­nya isu yang sangat mendesak.

“Saya harap sebuah pusat jantung dapat dibangun dan dirancang dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka SUPP Cawangan Dudong di Jalan Lanang di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru dua Ahli Parlimen di Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling memainkan peranan mereka agar penubuhan pusat jantung dapat direalisas­ikan dengan segera.

“Saya harap dua Yang Berhormat di Sibu, iaitu Ahli Parlimen, akan memainkan peranan mereka dan saya juga berharap (Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar) Dr Sim presiden (SUPP), akan membantu saya.

”Membantu semua penduduk Sibu. Kami sangat memerlukan sebuah pusat jantung dengan sangat segera,“katanya.

Sementarai­tu,majlisruma­h terbuka SUPP Cawangan Dudong telah berlangsun­g meriah dengan kehadiran ribuan orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Turut hadir ialah pemimpin-pemimpin sekitar kawasan Sibu termasuk Penasihat SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck dan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu Temenggung Dato Vincent Lau.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Wong (duduk, lima kanan) merakam kenangan bersama (duduk dari tiga kiri) Dr Soon dan Lau serta yang lain pada rumah terbuka SUPP Cawangan Dudong semalam.
UNTUK ALBUM: Wong (duduk, lima kanan) merakam kenangan bersama (duduk dari tiga kiri) Dr Soon dan Lau serta yang lain pada rumah terbuka SUPP Cawangan Dudong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia