Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Soon optimis Tahun Naga bawa ekonomi lebih baik

-

SIBU: Rakyat Malaysia menanti dengan penuh harapan bahawa Tahun Naga akan membawa pemulihan ekonomi yang berkesan, meningkatk­an daya saing dan menarik pelaburan asing.

Harapan itu disuarakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck, yang menegaskan pentingnya memperkuku­hkan nilai Ringgit Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara.

Dr Soon menyatakan kestabilan politik di Malaysia Barat dijangka dapat menjadi pemikat pelaburan asing, memberikan dorongan penting untuk pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

Beliau menjelaska­n, keamanan politik di Sarawak sebagai contoh yang terbaik di mana pendekatan Sarawak yang mengutamak­an kesamaan etnik sepatutnya menjadi panduan untuk seluruh Malaysia.

“Kesenangan hidup bersama di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negeri ini memberikan inspirasi untuk merapatkan perpaduan di peringkat kebangsaan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di kediamanny­a pada Sabtu.

Namun Dr Soon juga menekankan keperluan untuk mengurangk­an isu-isu perkauman dan agama dengan menekankan pentingnya memberi tumpuan kepada pendidikan sebagai asas pembanguna­n ekonomi yang kukuh.

“Menerusi kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang

Johari Tun Openg, kita berharap pengurusan yang cekap dapat membawa kepada peningkata­n dalam infrastruk­tur dan kesejahter­aan rakyat,” tambahnya.

Katanya, dengan harapan tinggi terhadap era baharu yang diimpikan, rakyat Malaysia menanti dengan penuh keyakinan dan hanya masa yang akan menentukan sejauh mana Tahun Naga akan membawa transforma­si positif kepada negara ini.

 ?? ?? ERATKAN PERPADUAN: Dayang Noorazah (tengah) meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Cina di Sri Aman semalam.
ERATKAN PERPADUAN: Dayang Noorazah (tengah) meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Cina di Sri Aman semalam.
 ?? ?? BERSEMANGA­T: Dr Soon (duduk kiri) merakam kenangan bersama kumpulan media yang berkunjung ke kediaman beliau sempena sambutan TBC pada Sabtu.
BERSEMANGA­T: Dr Soon (duduk kiri) merakam kenangan bersama kumpulan media yang berkunjung ke kediaman beliau sempena sambutan TBC pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia