Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah terbuka TBC Persatuan Teochew Sibu peluang perkenal budaya Cina

-

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng memuji inisiatif Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Persatuan Teochew Sibu yang menitikber­atkan perpaduan.

Menurutnya, selain rumah terbuka, persatuan itu turut memperkena­lkan kebudayaan Cina misalnya gerai-gerai pameran seperti penulisan kaligrafi Cina, budaya, permainan tradisiona­l, kuiz dan permainan.

“Ia sangat unik kerana majlis rumah terbuka selalunyau­ntukmajlis­makanmakan tetapi persatuan ini menjadikan rumah terbuka mereka sangat seronok apabila ia penuh dengan pelbagai aktiviti.

“Lebih menarik, rumah terbuka ini bukan sahaja dihadiri oleh ahli mereka sahaja tetapi kaum lain seperti Cina, Iban dan sebagainya dan saya difahamkan mereka turut menjemput penduduk yang tinggal berhampira­n,” katanya semasa ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tersebut di Dewan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sibu di sini, kelmarin.

Chieng berkata, inisiatif rumah terbuka itu merupakan satu platform masyarakat Cina memperkena­l budaya dan warisan mereka kepada kaum lain.

Menurutnya, ia adalah elemen utama mereka untuk memperkena­l budaya kepada pengunjung yang hadir bukan sahaja untuk makanmakan tetapi mendedahka­n kaum lain tentang budaya masyarakat Cina.

“Secara tidak langsung pengunjung yang hadir dapat mempelajar­i serta mengetahui kebudayaan masyarakat Cina.

“Dan apa yang penting adalah untuk memperkuku­hkan silaturahi­m di kalangan masyarakat berbilang kaum,” ujarnya.

Chieng turut memberitah­u bahawa beliau merasai pengalaman pertama yang diperkenal­kan persatuan itu tentang pertukaran buah limau mandarin yang dianggapny­a sebagai unik dalam budaya masyarakat

Teochew.

“Ini adalah kali pertama saya merasai pertukaran buah limau mandarin dengan orang lain dan pertukaran ini berserta dengan ucapan keberkatan Tahun Baharu Cina yang mendoakan untuk kesejahter­aan, kesihatan dan kemakmuran.

“Makin banyak pertukaran yang anda buat, maka makin banyak kata-kata berkat ini yang anda dapat mudahmudah­an ia termakbul,” tambahnya.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Chieng (tujuh kiri) bersama tetamu jemputan dan ahli persatuan ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Persatuan Teochew Sibu, kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Chieng (tujuh kiri) bersama tetamu jemputan dan ahli persatuan ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Persatuan Teochew Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia