Utusan Borneo (Sarawak)

Nando’s buka cawangan pertama di Miri

Berasal dari Afrika Selatan dengan gabungan warisan Portugis, ‘Ayam PERi-PERi’ kini di Miri

- Oleh Eric Edward

MIRI: Nando’s Malaysia telah membangkit­kan keterujaan masyarakat Miri menerusi pembukaan cawangan pertamanya di bandar raya ini di Bintang Megamall.

Berasal dari Afrika Selatan dengan gabungan warisan Portugis, Nando’s akhirnya membawakan ‘Ayam PERiPERi’ yang mempunyai rasa unik dan semangat Afrika Selatan ke bandar pantai yang indah ini.

Mengangkat cili sebagai ramuan utama, Nando’s menanam sendiri cili mata burung Afrika yang juga dikenali sebagai cili peri-peri dengan bantuan lebih 1,400 petani bebas di Afrika Selatan.

Campuran cili kecil berapi ini dengan herba, bawang putih dan bawang merah serta perahan lemon menghasilk­an ramuan rahsia yang unggul daripada jenama ini iaitu Sos PERi-PERi Nando’s.

Mengutamak­an rasa diikuti kepedasan, Sos PERi-PERi Nando’s berbeza berbanding sos cili lain yang mempunyai kepedasan melampau.

Ayam Nando’s diperap dalam PERi-PERi selama 24 jam bagi memastikan perapan meresap hingga ke tulang, kemudian dipanggang atas api sekali gus mencairkan semua lemak menjadikan­nya lebih sihat dan akhirnya dilengkapi dengan sos cili berdasarka­n tahap kepedasan pilihan daripada lemon dan herba yang tidak

“Justeru, kami amat teruja membawakan kehangatan ‘Ayam PERiPERi’ serta berkongsi warisan Afrika ” Selatan di sini. Chai Hui Fung Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia

pedas hingga pedas berapi. “Miri kaya dengan budaya tempatan di mana Lada Sarawak adalah raja.

“Justeru, kami amat teruja membawakan kehangatan ‘Ayam PERi-PERi’ serta berkongsi warisan Afrika Selatan di sini.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk memperkena­lkan hidangan Afrika Selatan yang menyelerak­an kepada masyarakat Miri, bahkan menawarkan tempat berkumpul baharu untuk keluarga dan rakanrakan menikmati makanan. muzik, seni dan pengalaman menjamu selera di luar yang menyeronok­kan.

“Tiada yang lebih menggembir­akan kami selain menyaksika­n pengunjung berkumpul semeja sambil berkongsi hidangan PERiPERi yang lazat, bergelak tawa dan berasa seperti di rumah sendiri,” kata Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia Chai Hui Fung.

Keluargama­hupunkumpu­lan besar boleh berkumpul di meja keluarga yang boleh memuatkan 10 atau 12 orang sambil berkongsi hidangan 16 Wingettes and Drumette atau Jumbo yang hadir dengan dua ekor ayam dan lima hidangan sampingan bersaiz besar.

Untuk pasangan atau mereka yang ingin menikmati hidangan dengan segera, mereka boleh memilih tempat duduk yang lebih peribadi dihiasi corak berwarna-warni berinspira­si Afrika Selatan sambil menikmati hidangan nasi seperti PERi-crackle Chicken Rice Bowl baharu pada harga hanya RM18.90. Selain itu para pengunjung boleh menikmati isian semula minuman ringan, kopi, teh dan coklat panas, Rubro Peach Tea yang eksklusif, hingga yogurt beku Nando’s Bottomless Froyo.

Program kesetiaan Nando’s di aplikasi mudah alih memberikan ganjaran terbaik buat ahli menerusi tawaran penebusan semua hidangan ayam selepas hanya tiga kunjungan dan mengumpul tiga cop cili.

Sempena pembukaann­ya, Nando’s juga telah menyumbang­kan 150 hidangan kepada empat rumah amal iaitu MRCS Sunflower Center, Miri Home for the Aged, Miri Methodist Children Home dan Persatuan Ibu Bapa

Kanak-Kanak Istimewa Miri (PIBAKIS).

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com. my atau ikuti laman sosial Nando’s Malaysia di www. facebook.com/NandosMY atau www.instagram.com/ nandosmy/ atau www.tiktok. com/@nandosmy.

Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia