Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Batu Lintang santuni pesakit di HUS sempena TBC

-

KUCHING: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Batu Lintang membawa keceriaan kepada pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan memberikan sumbangan angpau dan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How berkata, sebanyak 15 kotak limau mandarin dan 700 angpau disumbangk­an kepada pesakit di wad dialisis, wad kanak-kanak dan wad kanser di hospital itu.

Menurutnya, pemberian sumbangan sebegini merupakan aktiviti jangka panjang SABERKAS Batu Lintang sempena sambutan perayaan utama di negeri ini.

“Jadi sempena Tahun Baharu Cina ini, kita memberikan sumbangan berupa limau mandarin dan angpau kepada pesakit terbabit begitu juga dengan kakitangan HUS yang bekerja pada hari ini.

“Hasrat kita adalah untuk berkongsi dan memberi keceriaan agar mereka dapat merasai kemeriahan musim perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaik­an sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di HUS di sini, semalam.

See berharap menerusi inisiatif sedemikian, pesakit terbabit akan cepat sembuh dan dapat pulang meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bersama keluarga.

Beliau dalam pada itu, turut memuji kakitangan perubatan atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi untuk bekerja walaupun pada hari cuti atau musim perayaan ini.

“Terima kasih kepada kakitangan HUS atas khidmat mereka kepada masyarakat terutama dalam memastikan setiap pesakit yang menerima rawatan pulih seperti sedia kala,” ujarnya.

Hadir sama pada program penyerahan sumbangan itu ialah Pengerusi SABERKAS Batu Lintang Patrick Tan.

 ?? ?? KONGSI KECERIAAN: See melakukan simbolik penyerahan sumbangan berupa kotak limau mandarin kepada HUS semalam. Turut kelihatan Pengerusi SABERKAS Batu Lintang Patrick Tan (lima kanan).
KONGSI KECERIAAN: See melakukan simbolik penyerahan sumbangan berupa kotak limau mandarin kepada HUS semalam. Turut kelihatan Pengerusi SABERKAS Batu Lintang Patrick Tan (lima kanan).
 ?? ?? REMUK: Keadaan kenderaan yang dinaiki dua individu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.
REMUK: Keadaan kenderaan yang dinaiki dua individu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia