Utusan Borneo (Sarawak)

Selesai dinaik taraf, tandas pelajar SMK Merbau Miri serba mewah

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

IBARAT tandas hotel lima bintang, itulah yang dapat digambarka­n tentang tandas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, di Miri, yang diubah suai sehingga kelihatan serba mewah.

Hantaran Facebook rasmi SMK Merbau yang tular baru-baru ini menyiarkan beberapa keping gambar keadaan di dalam tandas tersebut yang cukup selesa, ditambah dengan pencahayaa­n dan hiasan indah.

Hantaran tersebut turut menerima reaksi positif bekas pelajar dan juga orang awam yang memuji usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak pentadbir sekolah serta guruguru dalam memberikan kemudahan yang selesa buat para pelajar.

Sehingga berita ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima lebih 700 tanda suka dan lebih 500 perkongsia­n di Facebook.

SMK Merbau dalam kapsyen ringkasnya berharap agar semua pelajar dapat mengguna dan menjaga tandas ini dengan berhemah demi keselesaan semua.

Tandas pelajar yang baru diubah suai ini atau dikenali sebagai Tandas 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamata­n) dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG Dr Maurice Steve Utap pada 8 Februari lepas.

Hadir sama pada perasmian tersebut ialah Pengetua Amanda Chong.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terpesona dengan pengubahsu­aian tandas berkenaan seperti komen akaun Roslawati Ahmad yang menyatakan, “Cantiknya macam tandas hotel, keep it up SMK Merbau, harap dijaga dengan baik dan tiada vandalisme”.

Ada juga beberapa komen yang menyatakan tandas diubah suai itu mengalahka­n hotel lima bintang dan berseloroh hendak kembali semula belajar ke sekolah tersebut.

Selain itu, komen akaun Gee Willie turut mencadangk­an “Jamban sudah cantik, harap pihak sekolah naik taraf dalam bilik darjah lagi”.

Apapun, inisitiaf pihak pengurusan sekolah dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) ini harus dipuji bagi memastikan para pelajar mendapat kemudahan yang selesa di sekolah.

KPM menerusi hantaran di aplikasi X pada 4 Jun 2023 menyatakan, kebersihan tandas adalah program jangka panjang Kebersihan, Kesihatan dan Keselamata­n (3K) yang menyasarka­n semua tandas sekolah KPM mencapai minimum tiga bintang pada akhir 2025 sebagai satu standard kualiti yang perlu dicapai setiap sekolah.

 ?? ?? SERBASELES­A:Keadaan dalam tandas pelajar SMK Merbau yang baharu diubah suai.
SERBASELES­A:Keadaan dalam tandas pelajar SMK Merbau yang baharu diubah suai.
 ?? ?? RASMI: Dr Maurice (lima kanan) bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru SMK Merbau merakamkan gambar kenangan di hadapan tandas pelajar yang baharu diubah suai dan dirasmikan baru-baru ini.
RASMI: Dr Maurice (lima kanan) bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru SMK Merbau merakamkan gambar kenangan di hadapan tandas pelajar yang baharu diubah suai dan dirasmikan baru-baru ini.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? INDAH: Dr Maurice (enam kanan) bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru SMK Merbau berpuas hati dengan keadaan di dalam tandas pelajar yang diubah suai itu.
INDAH: Dr Maurice (enam kanan) bersama barisan pentadbir sekolah dan guru-guru SMK Merbau berpuas hati dengan keadaan di dalam tandas pelajar yang diubah suai itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia