Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal tangki bawa 430,000 liter diesel dirampas

Anak kapal, kapal ditahan semasa Botronda PA 17 PPM W5 Kuching jalankan Ops Taring Gelora Khas

- Oleh Hamkar Sarbinee

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kapal tangki tersebut disyaki membawa diesel di bahagian tangki simpanan minyak dengan anggaran keseluruha­n lebih ” kurang 430,000 liter.

KUCHING: Seorang warga tempatan dan empat warga asing ditahan bersama sebuah kapal tangki dengan muatan 430,000 liter diesel di kawasan Laut Barrage, Sungai Sarawak di sini pada Sabtu lepas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) ACP Abdul Rahman Mat Hasan berkata, kesemua anak kapal dan kapal terbabit ditahan semasa Botronda PA 17 PPM W5 Kuching menjalanka­n Ops Taring Gelora Khas sekitar jam 3.45 petang.

Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya menahan dan memeriksa sebuah kapal tangki di lokasi terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kapal tangki tersebut disyaki membawa diesel di bahagian tangki simpanan minyak dengan anggaran keseluruha­n lebih kurang 430,000 liter.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati juragan kapal gagal mengemukak­an sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki/menyimpan/membawa barangan tanpa permit/kebenaran khas daripada pihak Kementeria­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, jelasnya tindakan rampasan dan tangkapan ke atas individu berusia 19 hingga 47 tahun dilakukan di mana hasil keseluruha­n rampasan termasuk kapal dalam operasi itu melibatkan jumlah RM10,505,000.

Individu yang ditangkap melibatkan seorang warganegar­a, seorang warga Indonesia, seorang warga Myanmar dan dua warga Vietnam.

Pada masa yang sama jelasnya, hasil siasatan kru Botronda PA 17 mendapati permit lawatan sosial bagi tiga individu anak kapal tangki itu telah tamat tempoh.

“Mereka juga telah menyalahgu­nakan permit lawatan sosial untuk bekerja di kapal tangki di Malaysia,” tegasnya.

Menurutnya, kesemua barang rampasan dan tangkapan itu diserah kepada pegawai penyiasat KPDN Kuching untuk siasatan lanjut.

“Manakala tiga lelaki warga asing diserah dan dirujuk kepada pegawaipPe­nyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ujarnya, tangkapan dan rampasan itu tersebut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1956/63.

ACP Abdul Rahman Mat Hasan Komander PPM W5

 ?? ?? OPERASI: Seorang pegawai PPM W5 melakukan pemeriksaa­n ke atas kapal terbabit semasa operasi berkenaan.
OPERASI: Seorang pegawai PPM W5 melakukan pemeriksaa­n ke atas kapal terbabit semasa operasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia