Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan asing nekad bocorkan bot elak ditangkap

Lelaki hilang ketika cari lokan dijumpai selamat

-

KUCHING: Dua nelayan asing yang nekad membocorka­n bot yang dinaiki untuk mengelak daripada ditangkap semasa menceroboh perairan negara berjaya diberkas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak pada Khamis lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, bot yang dinaiki dua kru warga asing itu dikesan oleh Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) semasa Ops Khas Raja Laut 2.0, Ops Khas Naga Timur dan Ops Tiris di perairan Sarawak.

Menurutnya, pihaknya berjaya mengesan bot terbabit sebelum bertindak menahan dan memberkas dua kru di kedudukan 105 batu nautika utara Tanjung Po pada jam 10.55 malam.

“Bot dikendali dua kru warga Indonesia termasuk tekong yang berumur 33 dan 45 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua nelayan asing itu ditahan kerana menceroboh perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas.

Jelasnya, ketika tangkapan dilakukan, pihaknya menghadapi kesukaran berikutan bot berkenaan mengalami kebocoran serius dipercayai sengaja dilakukan oleh kru terbabit untuk meloloskan diri.

“Namun, pasukan geledah tetap berjaya menahan tekong dan kru berkenaan meskipun bot tahanan telah tenggelam semasa dalam perjalanan menuju ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS).

“Kru dan tekong dibawa masuk ke Jeti KOMTAS sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Ujarnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

KUCHING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan di sungai berhampira­n Kampung Jaya Bakti, Jalan Kubah di Matang, pada Sabtu lepas, ditemui dalam keadaan selamat pada Ahad.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, lelaki berusia 29 tahun itu dijumpai selamat oleh bapanya sekitar jam 12.40 tengah hari.

“Mangsa dijumpai selamat dan dalam keadaan lemah oleh bapanya dalam radius lebih kurang 300 meter dari rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan jam 2.30 petang.

Terdahulu, JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.31 pagi Ahad sebelum mengerahka­n pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke lokasi kejadian.

Operasi SAR itu dilancarka­n selepas mangsa, yang keluar mencari lokan di sungai berhampira­n sekitar 9 pagi pada Sabtu, tidak balik ke rumah.

Katanya, pasukan bomba telah ke lokasi susulan menerima maklumat untuk mendapatka­n maklumat lanjut daripada keluarga.

Bagaimanap­un katanya, operasi SAR terpaksa ditangguh jam 4 pagi susulan keadaan gelap serta hujan lebat sebelum disambung semula sekitar 9 pagi.

 ?? — Gambar JBPM ?? OPERASI: Pasukan bomba menjalanka­n operasi SAR di sekitar sungai pada Ahad.
— Gambar JBPM OPERASI: Pasukan bomba menjalanka­n operasi SAR di sekitar sungai pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia