Utusan Borneo (Sarawak)

APMM selamatkan dua pelayar asing terkandas di muara Jepak

-

BINTULU: Dua pelayar warga asing diselamatk­an oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu setelah kapal layar yang dinaiki mereka mengalami kebocoran di muara Jepak di sini, awal pagi Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kapten Maritim Mohd Iszuadi Muhamad Hassan berkata, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kapal layar yang kandas itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching pada jam 4.23 pagi.

Jelasnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa wanita yang dikenali sebagai Wang Zhenzhen, 32, warganegar­a China pada kedudukan 1.5 batu nautika tenggara muara Jepak.

“Maklumat awal yang diterima MRSC memaklumka­n terdapat dua kru terdiri daripada seorang wanita warga China dan seorang lelaki dari Saint Kitts and Nevis.

“Kapal layar itu difahamkan mempunyai jaket keselamata­n yang lengkap, GPS dan Personal Locator Beacon (PLB),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan

APMM melancarka­n usaha pencarian dan mengesan kedudukan kapal dalam Ops Carilamat dengan menggunaka­n Bot Kilat 44 pada jam 4.30 pagi.

Menurut Mohd Iszuadi, setelah hampir dua jam mengesan kedudukan kapal layar terbabit, pasukan APMM sampai di lokasi pada jam 6.25 pagi.

Jelasnya, pasukan APMM kemudianny­a menjalanka­n kerja-kerja mengepam air keluar dari kapal sekali gus mengelakka­nnya daripada tenggelam.

“Setelah hampir lima jam melakukan operasi mengepam air dari badan kapal, maka kebocoran yang berlaku akhirnya berjaya dikawal seterusnya diiringi pasukan Bot Kilat 44 menuju ke Jeti Pasukan Gerakan Marin (PGM) Jepak dan sampai di jeti pada jam 2 petang.

“Semasa kejadian, kapal layar Suntess disyaki mengalami kebocoran semasa pelayaran dari Pelabuhan Bintulu menuju ke Lungsod Ng Bacolod di Filipina,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati semasa menjalanka­n sebarang aktiviti di laut terutama pada musim angin monsun timur laut dengan sentiasa mengutamak­an keselamata­n diri dengan memakai jaket keselamata­n di laut.

Sebarang maklumat mengenai salah laku atau kegiatan jenayah termasuk kes kecemasan di laut boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera.

 ?? ?? DISELAMATK­AN: Keadaan kapal layar dinaiki dua kru kapal warga asing yang terkandas di muara Jepak akibat mengalami kebocoran pada Sabtu lepas.
DISELAMATK­AN: Keadaan kapal layar dinaiki dua kru kapal warga asing yang terkandas di muara Jepak akibat mengalami kebocoran pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia