Utusan Borneo (Sarawak)

KPDN Sarawak terima kes serahan PPM W5 libat penyelewen­gan diesel

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menerima kes serahan daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) melibatkan penyelewen­gan barang kawalan bersubsidi diesel.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin memberitah­u, kes serahan tersebut merupakan hasil operasi PPM W5 di sebuah sungai di negeri ini pada Sabtu lalu.

Menurutnya, pada 11 Februari 2024 sekitar jam 10.30 pagi, pasukan operasi Penguat Kuasa KPDN Kuching menerima satu kes serahan hasil serbuan PPM W5 dalam sebuah kapal di kawasan Laut Barrage, Sungai Sarawak.

“Hasil pemeriksaa­n, KPDN telah menyita eksibit iaitu sebuah kapal tangki dan minyak diesel 430,000 liter dianggarka­n berjumlah RM924,000.

“Nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n berjumlah RM5 juta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Matthew berkata, dua lelaki iaitu seorang warganegar­a dan seorang warga asing turut diserah kepada pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuching yang ditemui di tempat kejadian.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki atau ada dalam kawalan barang kawalan dalam keadaan yang menimbulka­n syak akan melakukan kesalahan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu/syarikat yang terlibat atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuk sumber minyak diesel diperolehi dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggun­gjawab.

Terdahulu, berdasarka­n statistik penguatkua­saan seluruh Sarawak di bawah Ops Tiris 2023 pada 1 Mac hingga 31 Disember telah berhasil membuat tangkapan ke atas 121 kes.

“Ini melibatkan kuantiti rampasan sebanyak 6,554,327 liter diesel dengan anggaran keseluruha­n rampasan bernilai RM6, 960, 477.

“Pegawai Penguat Kuasa

KPDN juga telah menjalanka­n 991 pemeriksaa­n ke atas stesen minyak dan pemborong minyak diesel di seluruh negeri Sarawak sejak 1 Mac 2023,” jelasnya.

 ?? ?? SERAHAN KES: KPDN menerima satu kes serahan melibatkan sebuah kapal tangki dengan muatan 430,000 diesel yang berjaya diberkas oleh PPM W5.
SERAHAN KES: KPDN menerima satu kes serahan melibatkan sebuah kapal tangki dengan muatan 430,000 diesel yang berjaya diberkas oleh PPM W5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia