Utusan Borneo (Sarawak)

Dua askar UAE, seorang pegawai Bahrain maut diserang di Somalia

-

DUBAI: Tiga askar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan seorang anggota tentera Bahrain terkorban daam satu serangan di Somalia, di mana mereka sedang melatih tentera negara, menurut kementeria­n pertahanan UAE Sabtu lepas.

“Anggota tentera tersebut terdedah kepada tindakan pengganas ketika menjalanka­n tugas mereka dalam melatih dan memilih Pasukan Tentera Somalia,” menurut pihak kementeria­n dalam saru kenyataan melalui platform media sosial X.

Dua orang lagi tercedera dalam insiden itu, menurut pihak kementeria­n tanpa memberikan maklumat lanjut.

UAE terus memantau dan bekerjasam­a dengan kerajaan Somalia bagi menyiasat tindakan kejam pengganas ini, tambah kenyataan tersebut.

Seorang sumber tentera Somalia memberitah­u AFP bahawa penyerang bersenjata itu merupakan anggota tentera tempatan yang melepaskan tembakan di dalam kem latihan di bandar utama Mogadishu, membunuh dan mencederak­an beberapa orang termasuk anggota tentera UAE.

“Kejadian tembakan telah dilakukan oleh seorang anggota tentera yang tinggal di dalam kem dan dia turut terbunuh dalam kejadian itu,” menurut pegawai kanan tentera Somalia yang bercakap dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a.

Serangan diakui AlShabaab, kumpulan militan yang bersekutu dengan AlQaeda yang telah melakukan keganasan kejam terhadap kerajaan pusat dan penyokong negara asingnya selama lebih 15 tahun.

Presiden Hassan Sheikh Mohamud menyampaik­an ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat UAE atas kematian pegawai tenteranya di Mogadishu yang datang untuk membantu membangunk­an semula tentera Somalia.

“Kami mengecam sepenuhnya tindakan kejam ini di mana anggota tentera telah terkorban.

“Saya telah mengarahka­n siasatan segera mengenai perkara tersebut,” menurut beliau menerusi satu kenyataan dalam X.

UAE dan Somalia menandatan­gani perjanjian kerjasama di antara tentera dan keselamata­n pada Januari 2023. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia