Utusan Borneo (Sarawak)

Dinihari berdarah mengejutka­n Rafah

Serangan udara Israel ragut 100 nyawa, musnahkan 14 rumah dan tiga masjid Kekacauan di Senegal ragut nyawa mangsa ketiga

-

SEMENANJUN­G GAZA: Kementeria­n kesihatan Gaza melaporkan kira-kira 100 kematian termasuk kanak-kanak dalam serangan udara hebat sepanjang dinihari semalam yang hanya berakhir selepas subuh.

Wartawan AFP dan saksi mendengar siri serangan udara berat dan melihat asap tebal berkepul di sekitar bandar raya itu yang kini menempatka­n lebih separuh populasi keseluruha­n Gaza yang telah melarikan diri dari pengeboman di tempat-tempat lain di wilayah terkepung itu.

Serangan udara itu memusnahka­n 14 rumah dan tiga masjid di beberapa tempat di Rafah, menurut kerajaan Gaza.

Kementeria­n mengesahka­n kelmarin sekurangku­rangnya 28,176 kematian telah dicatatkan dalam kalangan penduduk Palestin, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak.

Rejim Israel menyatakan ia telah melancarka­n siri serangan udara ke atas ‘sasaran pengganas’ di kawasan Shaboura di selatan Semenanjun­g Gaza.

Ia kemudianny­a mengumumka­n telah berjaya menyelamat­kan dua tebusan di bandar selatan itu yang terletak di sepanjang sempadan dengan Mesir.

Dalam satu kenyataan, rejim menyatakan identiti mereka sebagai Fernando Simon Marman dan Louis Har yang diculik pada 7 Oktober dari petempatan haram Nir Yitzhak dan kedua-duanya dalam keadaan sihat.

Pertempura­n tercetus ketika tebusan dibawa keluar dari bangunan di mana mereka disembunyi­kan, manakala serangan duara menyasarka­n bangunan berhampira­n di mana tembakan telah dilepaskan, menurut jurucakap tentera Daniel Hagari dalam taklimat itu.

“Ramai pengganas maut semasa operasi ini dan seorang anggota kami cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, sayap tentera Hamas berkata kelmarin dua tebusan telah terbunuh dan lapan lagi cedera parah dalam pengeboman yang dilancarka­n rejim Israel sejak beberapa hari lalu.

Rundingan baharu untuk gencatan senjata telah diadakan di Mesir, dengan Hamas terbuka kepada perjanjian baharu termasuk lebih banyak pertukaran tebusan dan penduduk Palestin yang diculik rejim.

Namun seorang pemimpin Hamas yang enggan dikenali menyatakan kepada AFP bahawa operasi darat Israel ke atas Rafah akan memusnahka­n rundingan itu.

Di sebalik seruan memuncak agar perjanjian dimeterai dengan Hamas bagi menyelamat­kan saki-baki tebusan, rejim menegaskan hanya tekanan ketenteraa­n akan berkesan malah tentera diarahkan untuk bersedia bagi operasi di Rafah.

Ketika ini 1.4 juta penduduk Palestin bersesak di Rafah, kebanyakan­nya hidup dalam khemah dengan air, ubat dan makanan semakin berkuranga­n.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bercakap dalam telefon dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kelmarin, memberitah­unya bahawa kemaraan ke Rafah tidak harus diteruskan tanpa pelan yang boleh dipercayai bagi menjamin keselamata­n penduduk yang berlindung di sana, menurut Rumah Putih.

Netanyahu telah memberitah­u badan penyiaran AS ABC News bahawa operasi Rafah akan diteruskan sehingga Hamas berjaya dihapuskan dan beliau akan menyediaka­n ‘laluan selamat’ kepada orang awam yang ingin meninggalk­an Rafah.

Ketika ditanya ke mana mereka boleh pergi, Netanyahu berkata: “Kamu tahu, kawasan yang telah kami bersihkan di utara Rafah, banyak tempat di sana, tetapi kami sedang merangka pelan terperinci.”

Semasa melawat pangkalan tentera kelmarin, Netanyahu berkata, rejim menyasari kewujudan tentera di Gaza.

“Ini memerlukan kawalan ketenteraa­n ke atas seluruh kawasan barat Jordan termasuk Semenanjun­g Gaza,” tegasnya.

Sementara itu, Qatar, Oman dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam pelan ketenteraa­n ke atas Rafah.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menolak pengusiran penduduk dari Rafah yang disifatkan mengimbau trauma pengusiran penduduk Palestin semasa Peristiwa Nakba 1948.

Riyadh menyeru mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n PBB manakala Setiausaha Luar Britain David Cameron menyatakan perkara utama adalah memberhent­ikan serta-merta pertempura­n bagi membolehka­n penghantar­an bantuan dan tebusan diselamatk­an. — AFP

DAKAR: Seorang pemuda berusia 19 tahun maut selepas pertempura­n di Ziguinchor, kematian ketiga dalam ketegangan di Senegal selepas Presiden Macky Sall menangguhk­an pilihan raya pada bulan ini, menurut sumber hospital dan ahli politik tempatan kelmarin.

Keputusan Sall untuk menunda pilihan raya presiden pada 25 Februari telah menyebabka­n Senegal terjerumus ke dalam krisis terburukny­a sejak kemerdekaa­n daripada penjajahan Perancis pada 1960.

Protes terhadap tindakan itu membabitka­ngolongan belia menentang pasukan keselamata­n yang menjadi semakin ganas di negara itu yang dilihat sebagai kawasan kestabilan dan demokrasi di Afrika Barat, wilayah yang dibelenggu­i rampasan kuasa dan keganasan.

Remaja itu terkena tembakan di kepala dan mati akibat kecederaan­nya dalam unit rawatan rapi pada petang Sabtu, menurut sumber hospital di bandar selatan memberitah­u AFP.

“Beberapa orang lagi cedera parah ketika protes itu dan seorang maut terkena tembakan di kepala,” kata Abdou Sane, penyelaras parti pembangkan­g Pastef di Ziguinchor.

Kebanyakan bandar-bandar Senegal masih tenang pada Sabtu namun tunjuk perasaan spontan berterusan di Ziguinchor, kubu kuat ketua pembangkan­g yang dipenjarak­an Ousmane Sonko.

Sall menyatakan beliau menangguhk­an pilihan raya akibat perbalahan di antara parlimen dan Majlis Perlembaga­an mengenai calon-calon yang berpotensi dilarang bertanding.

Beliau menyatakan beliau ingin memulakan proses ketenangan dan pendamaian, serta menjelaska­n komitmen untuk tidak bertanding bagi penggal ketiga berikutan kebimbanga­n antarabang­sa.

ParlimenSe­negalmenyo­kong tindakanny­asemalamda­nmengundi untuk membolehka­n Sall memegang jawatannya sehingga penggantin­ya mengambil alih, kemungkina­n sebelum awal 2025. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KETAKUTAN: Di sebalik kecederaan yang dialaminya, Somay al-Najar menenangka­n adik lelakinya Yamen yang turut cedera dalam serangan Israel ke atas Rafah di Semenanjun­g Gaza, semalam.
— Gambar AFP KETAKUTAN: Di sebalik kecederaan yang dialaminya, Somay al-Najar menenangka­n adik lelakinya Yamen yang turut cedera dalam serangan Israel ke atas Rafah di Semenanjun­g Gaza, semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? BERTERUSAN: Asap tebal berkepul ketika jet pejuang rejim Israel melancarka­n kempen pengeboman ke atas Rafah di Semenanjun­g Gaza, dinihari semalam yang membunuh lebih 100 orang, menyebabka­n 14 rumah dan tiga masjid ranap.
— Gambar AFP BERTERUSAN: Asap tebal berkepul ketika jet pejuang rejim Israel melancarka­n kempen pengeboman ke atas Rafah di Semenanjun­g Gaza, dinihari semalam yang membunuh lebih 100 orang, menyebabka­n 14 rumah dan tiga masjid ranap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia