Utusan Borneo (Sarawak)

CEO bank utama Nigeria maut nahas heli di AS

-

ABUJA: Pengasas bersama bank terbesar di Nigeria maut dalam nahas helikopter di Amerika Syarikat (AS) bersama dengan isteri dan anak lelakinya, menurut syarikatny­a kelmarin.

CEOKumpula­nAccessBan­k Herbert Wigwe terkorban apabila pesawat itu terhempas di California pada Jumaat, menurut Access Holdings dalam satu kenyataan.

“Dr Wigwe telah meninggal dunia bersama dengan isteri dan anak lelakinya pada Jumaat, 9 Februari, 2024 dalam satu kemalangan helikopter di Amerika Syarikat,” jelasnya.

“Seluruh keluarga Access berkabung atas kehilangan Herbert, Doreen dan Chizi.”

Pihak berkuasa AS menyatakan dua kru dan empat penumpang telah terkorban dalam nahas itu.

Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu menyatakan, bekas presiden Bursa Saham Nigeria Abimbola Ogunbanjo turut terkorban dalam tragedi besar yang mengejutka­n dan tidak dijangkaka­n itu.

“Presiden menyampaik­an ucap takziah kepada keluarga Wigwe dan Ogunbanjo, komuniti perniagaan dan semua pihak yang terjejas akibat insiden mengerikan ini,” menurut jurucakapn­ya dalam satu kenyataan kelmarin.

Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n AS (FAA) menyatakan sebuah helikopter Eurocopter EC 130 terhempas berhampira­n Nipton, California, kira-kira jam 10 malam waktu tempatan pada Jumaat, 9 Februari dan terdapat enam orang di dalamnya.

FAA menyatakan satu siasatan akan dilakukan.

Access merupakan bank terbesar di Nigeria berdasarka­n aset, menurut Bloomberg.

Bank itu memuji Wigwe, yang menjadi timbalan pengarah urusan pada 2002, sebagai kunci utama pelaksana dan personalit­i besar yang telah memacu semangat, tenaga dan pengalaman yang menakjubka­n bagi transforma­si francais Access.

Anggota Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Negara AS (NTSB) Michael Graham memberitah­u taklimat media pada Sabtu bahawa helikopter itu berlepas dari Palm Springs, California dalam perjalanan ke Boulder City, Nevada.

Kira-kira 90 minit selepas pesawat sewaan itu berlepas, ia terhempas di kawasan selatan I-15 berhampira­n Halloran Springs, California, kira-kira 120 kilometer timur laut bandar Barstow, Graham memberitah­u wartawan.

“Dua kru dan empat penumpang di dalam pesawat mengalami kecederaan teruk,” kata beliau tanpa menamakan identiti mereka yang kemudian disahkan terbunuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia