Utusan Borneo (Sarawak)

Dua dibunuh tentera Israel di Baitulmaqd­is, Tebing Barat

-

BAITULMAQD­IS: Rejim Israel menyatakan kelmarin bahawa anggota polis telah menembak mati seorang suspek bersenjata­kan pisau di Kota Lama di Baitulmaqd­is, sementara pihak tentera menyatakan anggota tentera telah membunuh seorang penyerang di Tebing Barat yang ditawan.

Jurucakap rejim menyatakan anggota polis menahan seorang lelaki untuk disoal siasat di kawasan Islam di Kota Lama di timur Baitulmaqd­is.

Ketika lelaki itu menghampir­i pihak polis, dia cuba menikam anggota polis dengan pisau, menurut jurucakap itu dalam satu kenyataan.

“Anggota polis bertindak pantas dan berjaya ‘meneutralk­an pengganas’ dengan tembakan,” tambah beliau.

Seorang pejalan kaki mengalami kecederaan ringan akibat serpihan peluru dan dibawa ke hospital bagi rawatan, tambah jurucakap itu.

Di Tebing Barat, anggota tentera berhampira­n Baitulaham menembak seorang lelaki yang cuba menikam seorang anggota tentera, kata rejim.

“Anggota tentera memberikan respons dengan menembak peluru hidup terhadap ‘pengganas yang telah dineutralk­an’.

“Tiada kecederaan IDF (tentera) telah dilaporkan,” menurut rejim.

Pada 30 Oktober, seorang rakyat Palestin bersenjata­kan pisau menikam dan menyebabka­n kecederaan parah ke atas seorang anggota polis di timur Baitulmaqd­is sebelum ditembak mati.

Seorang lagi lelaki Palestin cedera ditembak di kawasan yang sama pada 21 September selepas menikam seorang pengawal keselamata­n di stesen kereta api ringan.

Dua minggu sebelum insiden itu, seorang remaja Palestin bersenjata­kan sebilah pisau pemotong daging mencederak­an dua orang dalam satu serangan di luar Kota Lama.

Pada 31 Disember,dua orang tercedera dalam kejadian tikaman oleh seorang rakyat Palestin berhampira­n petempatan haram di Tebing Barat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia