Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kutuk serangan besar-besaran Israel di Rafah

Serangan meningkatk­an lagi ketegangan, malapetaka kemanusiaa­n

-

“Malaysia menuntut Israel menghentik­an serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undangunda­ng ” antarabang­sa.

PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan besar-besaran Israel di bandar Rafah selatan Gaza di mana orang awam Palestin mendapatka­n perlindung­an.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra) berkata serangan kejam dan tidak berperikem­anusiaan itu akan meningkatk­an lagi ketegangan dan malapetaka kemanusiaa­n yang pasti akan merencatka­n segala usaha menghentik­an peperangan dan gencatan senjata yang berkekalan.

“Malaysia menuntut Israel menghentik­an serangan tersebut dan mematuhi segala peruntukan undangunda­ng antarabang­sa,” menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi ketenteraa­n berniat jahat itu jelas menunjukka­n matlamat ulung rejim Zionis untuk menghapusk­an rakyat Palestin dari tanah air mereka sendiri.

Ia juga jelas memperliha­tkan sikap angkuh rejim Zionis membelakan­gkan prinsip undang-undang kemanusiaa­n antarabang­sa dan menghina keputusan Mahkamah Jenayah Antarabang­sa pada 26 Jan lepas mengenai enam tindakan sementara yang mesti diambil Israel termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza.

“Masyarakat antarabang­sa tidak boleh membenarka­n tindakan sedemikian berlaku secara terang-terangan tanpa sebarang tindakan,” menurut Wisma Putra.

Malaysia menyokong seruan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mendesak Majlis Keselamata­n PBB untuk mengambil tindakan berani menghalang malapetaka oleh rejim Zionis dan menekan masyarakat antarabang­sa melaksanak­an tanggungja­wab dan menghentik­an sebarang sokongan kepada rejim yang secara terbuka mengabaika­n segala usaha untuk meredakan ketegangan. Wisma Putra berkata Malaysia kekal dengan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin dalam mendapatka­n kembali hak mereka, penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarka­n sempadan pra1967, dengan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin dan diterima sebagai anggota penuh PBB.

Agensi Berita Palestin WAFA melaporkan serangan kejam Israel ke atas Rafah pada awal pagi Isnin membunuh lebih 100 orang awam, termasuk kanakkanak dan wanita, dengan ratusan lagi cedera.

Kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin kini berada di Rafah selepas tentera Israel memaksa perpindaha­n beramai-ramai penduduk dari utara ke selatan Gaza. — Bernama

Kenyataan Wisma Putra

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia