Utusan Borneo (Sarawak)

Ingatkan bau mercun, rupanya asap dan rumah jiran terbakar: Mangsa

-

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa kebakaran Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras, tidak menyangka bau asap semasa sedang berehat di rumahnya di tingkat 17, rupanya datang daripada rumah jiran yang sedang terbakar.

Loo Choon Ming, 39, yang menetap di rumah itu sejak kecil berkata ketika kejadian dia berada di ruang tamu sedang menonton televisyen bersama ibunya berumur 62 tahun selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama rakan dan saudara-mara.

“Saya sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba terhidu bau asap. Pada mulanya saya tidak mengendahk­annya kerana menyangkak­an bau asap bunga api.

“Namun, apabila bau itu kuat menyebabka­n saya terdetik hati untuk menjenguk keluar dan terkejut apabila mendapati rumah jiran sedang terbakar,” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Melihat keadaan itu, dia bersama rakannya berusaha untuk memadamkan kebakaran hampir 20 minit, namun tidak berjaya menyebabka­nnya bergegas masuk ke dalam rumah untuk menyelamat­kan ibunya yang sudah tua, tanpa sempat mengambil barangan lain.

Paling dikesalkan apabila pili bomba yang disediakan di setiap aras flat berkenaan tidak berfungsi menyebabka­n kebakaran merebak dengan cepat.

Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian Rohani Hamzah, 60, mendakwa dia melihat cahaya terang pada bahagian dapur unit tengah diikuti bunyi letupan kemudianny­a merebak ke rumah di kiri dan kanan tingkat sama.

Dia yang menetap di blok berkenaan sejak 2012 itu berkata ia kemudian diikuti dengan lebih banyak bunyi letupan dipercayai daripada tong gas.

S. Vijayaletc­humi, 34, berkata dia mula menyedari berlaku kebakaran bermula dari sebuah unit sebelum merebak ke unit lain pada 8.45 malam.

Katanya, bomba mula tiba ke lokasi 10 minit selepas kejadian disedari namun tidak dapat memasuki blok berkenaan akibat terhalang dengan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia